Thursday, January 29, 2009

Kisah Tak Sempurna

Aku memang tak berhati besar
Untuk memahami
Hatimu disana

Aku memang tak berlapang dada
Untuk menyadari
Kau bukan milikku lagi

Dengar dengarkan aku
Aku akan bertahan sampai kapan pun
Sampai kapan pun

Maafkan aku
Yang tak sempurna tuk dirimu
Usailah sudah kisah yang tak sempurna
Untuk kita kenang
Andai aku dapat merelakan
Setiap kepingan
Butiran kenangan indah
Andai aku sanggup menjalani
Setiap detik
Dan waktu mendatang

Header, Template


Ni pic asal yang aku dah edit la..Kosong jerk..notin. Aku ni cepat boring.Ade jer yang xpueh hati..hehe


So..am edit again and become like dis

am dissatisfied and edit again..become like dis..


What should i do??Ada ape-ape cadangan x?hehe..Template kosong je kan..uwaa boringnyew. Sesiapa yang perasan la kan..aku ni asyik tukar template jer.Kejap putih kejap hitam..pastu polka dot..ah-ha..masak

Wednesday, January 28, 2009

Pose for Blogger






















Poyo jer pose untuk blogger..hehe..
Nothing to post here..Am very2 bored today..
Internet suck..Semua dah kena block only sayangku Blog..
Wink~~=)

Thursday, January 22, 2009

Lastly

HAHAHA...Akhirnya...Ermm xkena block pun..Suspen jerk..Internet wat hal jer..Tp kenapa dapat mesej camtu td???huhu

Kena Block

Whohooo..Myspace dah kena block..busyannnyeww...Inilah akibatnye kalau dah salah guna..suh buat keje xbuat..(buatler)
keje siap...hehe

Penggunaan Internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, mengganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Petikan dari Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/2003.

Tuesday, January 20, 2009

Perkataan Berlawan

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawad dengan sepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan! Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

Tafsiran Mimpi

So untuk tatapan kalian..Aku amik semua tafsir dan post kat sini..hehe..Memang tak bley dipercayai..tapi sekadar membacanya sahaja..

Air
Jika anda bermimpi berjalan diatas air alamat anda akan beruntung.Sedang mimpi tenggelam dalam air sungai alamat buruk. Dan bilabermimpi lihat air masuk kedalam rumah alamat anak dan anda akanmengalami sakit. Anda bermimpi menangis melelehkan air mata alamatakan datang kegembiraan. Dan memimpikan air buah menandakan tak lamalagi (dalam hitungan hari) akan menerima kabar gembira dari sanakfamili atau teman Anda. Mimpi melihat air banjir, bersirat akanmendapatkan rerzeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna akamendapatkan kabar yang mengejutkan

Ayah
Jika anda bermimpi ayah Anda dan bunda (tegasnya) melihat orang tuaberarti sangat baik sekali kehidupan Anda selama ini dimata mereka.

Berkelahi
Jika anda bermimpi melihat orang berkelahi dijalan bertanda situasipedagangan anda akan maju. Sedang yang berkelahi itu anak-anak semua,alamat pertikaian dalam rumah (akan) timbul. Dan kalau yang berkelahiitu binatang-binatang, bertanda dari pihak keluarga istri anda kurangsenang dengan anda.

Buang air kecil/Kencing
Jika anda bermimpi buang air kecil (kencing) bertanda akan ada yangmenimpa rumah yaitu pencuri akan datang. Waspadalah.

Buang air besar/Berak
Jika anda bermimpi buang air besar bertanda ada kemungkinan besaranda akan kehilangan sesuatu. Harus lebih berhati-hati.

Cinta
Jika anda bermimpi gagal dalam cinta, bertanda akan bisa mengatasiapa yang di*****kan kekasih anda. Mimpi memulai cinta, bertanda andaharus banyak tabah menghadapi sesuatu pertengkaran yang tak diduga.

Cincin
Jika anda bermimpi kehilangan cincin, bertanda anda harus waspadamenjalankan pekerjaan dalam perusahaan, mimpi diberi cincin, bertandaakan segera tiba saat perkawinan.

Cium
Jika anda bermimpi mencium kekasih, bertanda hubungan akan tatapterpelihara. Mencium anak, bertanda kesehatan keluarga akan datangdengan daya memuaskan. Mencium bau yang busuk, bertanda posisi andadalam hidup sehari-hari ada yang berikhtiar mencari jalan gunamenghalang-halangi.

Hantu
Jika anda bermimpi berbicara dengan hantu, bertanda keuangan andaakan meningkat, sedang melihat hantu, alamat akan sukses dalam usaha.Dikejar hantu, alamat timbul kesalahan anda. Mimpi melihat hantutersenyum bersirat akan berumur panjang.

Juara
Jika anda bermimpi menjadi juara dalam salah satu atletik atauperlombaan bermakna tingkat kejayaan anda dalam perdagangan, cintaakan ditemui, bila anda melihat saja juara-juara dalam macam-macamolah raga, pertanda banyak teman anda yang menolong dalam kesusahan.Mimpi seorang juara jatuh knok out atau tumbang dalam pertandinganyang anda lihat besirat akan gagal segala usaha anda selama perjuangaini.

Mati

Jika anda mengimpikan seseorang teman atau keluarga meninggal dunia,bermakna yang diimpikan akan umur panjang. Dan mimpi anak andameninggal dunia, bermakna akan ada perselisihan dalam keluarga. Mimpimeninggal/mati lalu hidup kembali, bermakna anda akan panjang umur.

Menangis

Jika anda memimpikan sedang menangis, bermakna akan mendapat khabarbahagia dan mimpi mendengar orang menangis anda akan berkewajibanmenyelesaikan suatu perkara yang sesungguhnya sangat sulit.

Mimpi

Malam tadi aku tido awal..Ngah buat kerja tiba-tiba lentok depan laptop sampai pagi baru sedar dan shtdown..Penat sangat..

Dalam kesedapan, kelenaan..hehe..Aku bermimpi banjir besar berlaku dirumah ku di kampung.Aku sendiri melihat bagaimana air sungai yang laju memasuki ruang rumahku.Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu..

Alarm Hp ku berbunyi dan terus jaga dari tido..

Apakah maksud disebalik mimpi itu.Mimpi hanyalah mainan tido.Tapi hati ku rase x sedap hati jer..So, sebelum start keje aku buat researh tafsiran mimpi..hehe


Banjir
Jika anda bermimpi sedang mengamat-amati banjir bertanda anda akan dikaruni rezeki. Tapi bila anda ditimpa banjir, alamat buruk karena akan kekurangan. Mimpi rumah anda kebanjiran bersirat anda akan capekhati (kesal, dongkol, emosi jiwa).
Dungun.net

Friday, January 16, 2009

Ngulor =P

Semalam 15JAN09.Jumpe kawan satu pasukan..haha..Bunyi cam askar jerk.Kenkawang satu kursus lama dulu.Dah lama tak jumpe diorang..
Sebelum jumpe diorang, 1215pm aku dah turun makan cz lapar sangat.Awal giler, lum pukul 0100pm.Xpelah 'Programmer' fleksibel nak kuar kul bape.Cehhh..yela kan, janji keje siap..huhu. Kena report baru tau..uwaaa
Lebih kurang pukul 0200pm ida call, ajak turun cafe lepak-lepak minum coz Yah, Bob n Bedo datang..Waa, pe lagi 'ngulor' la kejap..huhu..


Bob , Bedo (Dua-dua kontrol macho)haha..

Bedo, Yah

Thursday, January 15, 2009

Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku..

Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadapNya..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah­..

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui KekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batasan sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...­Ameen..

Rindu Ibu

Pagi ni cuaca agak suram, mendung..Aku bersemangat menghabiskan kerja-kerja ku, tidak seperti hari-hari sebelum ini...Tiba-tiba hatiku mengingatkan aku tentang satu rindu, teringat pada wajahnya, pelukannya..tanpa ku duga, aku menitiskan air mata..Aku rindu Ibu...Mak sue rinduuuu..

Saat mimpi masih indah bersamamu
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu...Oh ibu...

Wednesday, January 14, 2009

Bengang!!

Kringgggg!!!..Alarm hp ku berbunyi, jam menunjukkan 0600am..malasnyer nak bangun..Why am wake up early, today?? Semalam, gigi aku sakit.So, arini dengan semangat aku nak ke Hospital Serdang nak buang gg yang sakit tu..

0630am aku jaga dari tido..hehe.Liatnye setiap pagi nak bangun tido..Housemate aku hairan kenapa arini aku bangun awal..Selepas selesai mandi, aku memakai baju dan tanpa secalit make up dimuka..hihi, terus gerak ke bustop.Hari masih gelap dengan kabus yang agak tebal.Sejukk..Ramai kaum cina dikawasan flat aku sibuk berniaga..

0730am bus Metro 68 telah menunggu penumpang ke putrajaya.Tanpa berlengah aku terus menaiki bus metro di mana 2 hari lepas bus yang sama kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas diriku.Sial punye BANGLA.

Bus pun bergerak ke destinasi nya.Penumpang agak ramai.RM1.60 tambang bus ke Hospital Serdang..Sampai satu jejantas aku turun.Destinasiku sudah sampai..Hanya aku dak seorang makcik yang kelihatannya seperti orang asing (indonesia) turun bersamaku..

Makcik tadi dengan bergegas menuju ke pintu gerbang Hospital Serdang..Aku mengikutinya.Sampai satu tempat aku memanggil makcik tadi..

Aku : "Makcik, tumpang tanya..Kat mana klinik gigi?"

Makcik : "Mau ke mana?Adik nurse doktor disini ya??(Tidak menunjukkan muka semasa bercakap denganku)".

Aku : "Bukan..Saya nak cari klinik gigi.Nak cabut gigi".

Makcik : "Ooo..klinik gigi dekat belakang..Makcik baru 1 minggu kerja di sini..Cleaner saja, mau cari rezki..Bas susah, balik kerja malam, magrib solat disini..selepas itu baru pulang".

Aku : "Erm, xpelah cleaner pun kerja jugak..janji halal".

Makcik : "Ya halal"..

Aku : (Hairan..kenapa ngan makcik ni??mungkin die takut atau segan dengan ku)

Tanpa banyak cakap makcik tadi terus meninggalkan aku.

Aku berlalu keseorangan menuju ke pintu utama hospital lalu ternampak kaunter pertanyaan di satu sudut.Aku bertanyakan dimana klinik gigi.Aku dengan perasaan hampa berlalu pergi, menuju keluar dari hospital.....

Aku : Kat mana klinik gigi?

Nurse : Adik ade temujanji ke?

Aku : Xde..saya nak cabut gigi.

Nurse : Maaf dik, nak jumpa doktor gigi kena buat temujanji dulu. Adik kena pergi klinik lain dan buat temujanji kat sana. Sri Kembangan pun ade..

Aku : Ooo, yeke..Erm xpelah..

Datang seorang nurse lelaki yang agak tampan, bertanyakan kepada nurse tujuan aku kesitu. Lelaki tadi sangka aku hendak membuat Xrayy..

Eee..geramnye bukan kepalang.Dah la aku tak pergi keje hari ni..Ingatkan dapat MC la tadi. Gigi masih berdenyut..Sakitnyer.Apa yang aku tahu, hospital tempat aku tinggal, kemaman..xde pun camni..Nak cabut gigi terus boleh cabut kecuali tampal gigi yang perlu temujanji. Ape-ape pun aku terpaksa mengikut prosedur disini.Dah tempat orang lailah caranye..

Aku menuggu bus di tempat perhentian bus.Terdapat beberapa orang yang menunggu bus di situ..15 minit bus Metro 68 pun sampai..aku menuju ke KTM serdang..Sampai disana aku ke Poliklinik Sri Kembangan...

Dengan perasaan hampa aku berjalan melalui rumah teres yang berdekatan rumahku ke Poliklinik Sri Kembangan. Ia mengambil masa 15minit berjalan kaki.Adoii, penatnyer..Perut lapar.Aku tak sempat menjamah sesuatu dari rumah tadi..

Sesampai aku di poliklinik, mata ku mencari-cari dimana klinik pergigian.Ramai pesakit yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor.Aku ternamapak satu papan tanda yang menunjukkan klinik pergigian berada ditingkat atas.Aku pun menuju kesana.

Aku hampa lagi.Pendaftaran pergigian pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat sahaja..Alahai pe lah nasib aku.Macam ni lah keadaan kalau dah merantau..huhu.Dahla xde orang kesah..Sape lah aku ni kan..huhu

Arini rabu, sok khamis baru leh daftar.Aku dah putus asa nak cabut gigi.Aku terus pulang menuju ke rumah ku..huhu (kesian)..

Hatiku berbisik..Nak pergi keje ke tak??..Erm xbley arini aku kena pegi jugak..nanti pe boss dan yang len cakap.Aku ponteng keje lak, gigi xleh cabut pun.MC xde..Aku bersiap.....

Jam 1010am..Aku masih menuggu diperhentian bus..RapidKL datang dan aku terus naik..Selamat sampai ofis pada pukul 1100am..

Kecewa!!

Tuesday, January 13, 2009

Nak Balik Kampung...huhu

@ Mid Valley
Heppy Chinese NuYer
Ermm tak sabar nak balik kampung ni..Tiket lum beli..huhu..Rindu kat kampungku..Cam lambat la plak bulan ni..=)

Monday, January 12, 2009

Hari ini

Hari ini dan hari hari sebelum hari ini
Di mana hari ini iaitu hari selepas
Hari sebelum ini yang di mana
Hari ini dan hari hari yang sebelum
Hari ini adalah sangat membosan-kan.

Hari ini saya telah meluang-kan banyak masa di atas kerusi
Membuat kerja yang tak berkesudahan
Dan melayari laman laman web bagi
meluang-kan masa yang banyak pada hari ini di mana hari ini
hari yang tidak seperti hari hari sebelum hari ini kerana hari
ini hari yang sangat membosan-kan.

Hari ini juga, buah hati saya Si Macho telah menyapa
saya melalui pesanan ringkas YM. Di mana perbualan pada hari
ini agak panjang kerana hari ini tidak seperti hari hari yang
sebelum ini kerana hari ini genap 2 minggu atau terlebih sedikit
kami tidak berpesanan ringkas kerana tiada masa yang bersesuaian melainkan hari ini.

Hari ini malam yang tidak seperti malam hari hari yang lain
kerana malam hari ini cuaca nya tidak seperti malam malam
sebelum hari ini. Hari ini cuaca malam sejuk tidak seperti
malam hari hari yang lain.

Sekian sahaja untuk hari ini di mana saya akan menulis lagi
bagi tatapan tatapan untuk hari hari selepas hari ini bagi bacaan
rakan rakan di hari ini dan hari hari yang akan datang iaitu hari
hari selepas hari ini.

Terima Kasih pada hari ini dan pada hari hari selepas dan sebelum hari ini

METRO 68

Aku tertanya-tanya..mengapa ramai orang asing dalam negara kita, dipenuhi orang luar??Ke mana sahaja aku pergi mesti nampak bangla, indon, dan macam2 oranglah kat Serdang ni..Mostly kat Kolumpo ni ler..

Jam 0720am, aku bertolak ke buStop dengan jalan kaki dari Flat..Sampai busTop around 0735am..Bus Sri Indah dah menunggu.Dekat je lagi aku nak smpai sana, bus dah gerak..Adoii, sakitnye hati aku!!

0745am..bus METRO 68 berhenti depanku..Aku pun terus bergegas nek bus, berasak2 dengan orang ramai..Haa...nak jadi ke crita yang mukadimah xberapa nak best ni,..huhu..Seorang bangla berumur dalam linkungan 25 ke atas..(GILE SEKs)

Orang kata 'Senyum itu sedekah'..Betui ka??hehe..Betul la kan..Erm, tapi aku salah senyum ke??Atau senyuman aku ni buat orang cair..haha..Poyo jerk bunyi.. =p

Mamat BANGLA ni senyum la kat aku, dengan tak sengaja aku terpandang die so, aku pun balas senyuman tanda hormat menghormati sesama insan lain. Senyuman aku yang diberikan kepadanya, telah membuatkan mamat tu ambil kesempatan ke atas ku..cmne tu???

Bangla ni asyik duk pandang aku jer dari aku naik bus, atau aku perasan jer..Erm, aku biar je la..anggap xde ape-ape yang berlaku..Then, tangan aku pegang pada penyangkut ke ape ntah, untuk penumpang yang berdiri tu, dekatla ngan muka bangla nih..Die sengaja hembus nafas kuat2 pada tanganku..Sampai satu tempat bus pun break,.........

Fuhh,..nasib baik kaki ku sempat break jugak..haha..tak kena mamat tu ye..hihi (Suspen jerk). Aku pun alih tangan ku ke tempat sandar kerusi..Ishh, mamat ni pun alih jugak tangan die dan sengaja sentuh tangan aku. Apabila tangan aku alih ke depan, die pun turut sama.. Whats the hell mamat nih??Nak jer jerit2..Sabar.

Tiba-tiba jer mamat ni bebel ntah pape dalam bahasa yang aku x faham..korang pun xkan faham gak..huhu..Die terus lagi pandang aku..Lagi sekali aku mengalihkan tanganku dan bergerak ke belakang sket dekat dengan uncle india ni..

Die menghampiriku dan tangannye sengaja disentuhkan pada pehaku..Ya ALLAH, tuhan saje yang tahu camne perasaan ku..takutnye.Nak jerit malu..Aku pun berganjak lagi..Uncle ni pun dah nampak aku cam pelik jer..

Tidak lama selepas itu, mamat ni pun turun dari bus..Fuhh, selamat dunia akhirat..Lega hati ku..

Camne lah klu keadaan aku tadi ditukar tempat ke dalam Tren..Isshh, lagi seksa dan mengerikan..Berhimpit ngan mamat ni, lagi la die suka.melekat kat badan die..

Pada kaum perempuan, berhati-hati lah ketika berseorangan atau berada di khalayak ramai sekali pun..Dalam arti kata 'Berhati-hati dalam setiap perkara'.

Sampai je ofis, tak sabar aku nak cerita kat opismate aku nih..huhu..Aku lak yang kena marah kat diorang..bukan diorang marah kat mamat nih..huhuhu..cedey =(

Diorang cakap, kenapa tak sound jer mamat tadi dan jerit je kuat-kuat..huhu..Sape yang dah kenal aku, mostly la dah tau perangai aku camne, penakut..huhu.Betul gak cakap diorang.Kemungkinan lagi mamat ni akan buat lagi pada penumpang lain dan xkan serik..

Lagi satu nasihat diorang, jangan senyum pada Bangla2, atau orang asing..Die akan menganggap kite dah bagi respon baik padanye..Betui ka kawan2?? =)







Friday, January 9, 2009

IF.... I Die 2nite...



If I die tonight
You know we'll be alright
Just smile for me Reminisce the fond memories
I spend the last day, I don't know
Try to do a million other things
Hoping somehow time will slow
I guess what I'm trying to day is

Take everyday like it was your last
And work towards your dreams before you pass
And have a blast while you're at it
'Cos we don't know when we're gonna go
So make the best of it Just keep it real to yourself

And to all people, if y'all lost somebody before
Remember they'll be to see you Well,
if I die tonight I wonder where
I'll be tomorrow Nobody cry, please push away the sorrow
Cos I have been the best of girl
The best of friends The best of mum and daddy's last daughter
The best of anything If I die tonight
Will I be forgiven For all the people
I've been slackin' with when i was livin'
Those who I've hurt their hearts
Took advantage of and even lied to

Hug you one last time for forgiveness Yea,
I would like to If I die tonight Would you feel the loss
Tomorrow would you dial my number by accident
And then suddenly paused If I died tonight
What wouldcha think of my room
When you see blue Wanted to clean it up this morning
But then I never knew
Your loss taught me not to take my friends for granted
Misunderstandings gotta slam them quick
Death you never plan it
You're sorrowly missed down here
Warwin rest in peace
This too shall pass
But our true friendship will never cease Love

Shopping @ pasar putrajaya

Lunch break sudah tiba..0100pm..Tapi aku tak kuar lagi..Masih tekun membuat kerja (blogging n myspace)..haha..Acahh jer..buat keje la..Test Plan/Documentation aku banyak lagi..Setebal 2X ganda kamus dewan..Perghhh byk gler kan..hihi..Aku pun dah naik gler..=)
Semua staff laki dah kua nak solat Jumaat jam 1230 kat masjid Putrajaya..Tinggal la staff ppuan jer..Separuh dak ofis aku dah kua..Tinggal la aku 2org ngan kak Wawa (opismate) aku..Ermm malas nak kuar awal..Rilex dulu..xmau glojoh2..hehehe

Jam dah 0130pm..aku cepat2 kuar pegi CIMB bank...Nak masyuk dwet kat somebody..Nanti kak Wawa nuggu lama lak..Ermm dah selesai keje aku..kua jerk CIMB nih dah nampak Pasar..hehe..Pe lagi..aku pun pegila..nyonyok sorang2..Xpela sorang pun..

Baru nak lintas jalan..ade la sorang Miss cina ni..hehe..ngan kter Merz benti depan aku.. "Eh, pe hal ni??(aku pun dah agak mesti nak tanya something ni)..miss tu tanya aku kat mana jabatan Imegresen..Aku ngn slambe jwb xtau..huhu..Ntahler...tibe2 jerk xtaw, padahal jabatan tu tepi jabatan aku jerk..MOF..adoii...bleh lupe lak..ermm sorry Miss =)

Lintas jalan, terus ke pasar.Waaa...mayaknyer baju comey2..hihi..Nila aku tabiat yang sukar di kikis..nampak barang terus nak beli..sampai aku dapat gelaran dari cousin aku (RATU SHOPPING)...adoii teruk ke aku nih??hihi...

Ape lagi..barang yang aku dah nak kat depan mata..(baju)..lawa la sebab tu aku beli..RM29..
Mintak kurang ngan akak tu dapatla RM25..aku ni xreti sangat nak tawar menawar..dapat cket pun ok la..pic baju xsempat nak snap ler..tggu esok la ek..hihi

Akak penjual ni ramah la plak..hehe.."Panas la dik arini..Akak selsema, nak buat cmne ek?"..Aku ni doCtor ke.hehe..Leh tanya aku plak.."Nak makan pe ek?"..Tapi aku jawabla pe yg die tanya kan..Ingat dah ramah mesra, dapatla kurang lagi harga.haha..Tapi bukan aku yang ramah..akak tu ler..

Dah beli baju pegi gerai sebelah..Waa...lagi banyak baju cantik2..tapi mahal la..ermmm sabar2 xleh gelojoh..huhu.Satu dah ler..Perut aku pun dah bunyi(grrrrrr).

Gerai Nasi Hujan Panas??Nasi ape ni??Adik tu tanya la aku.."Akak nak nasi ape?"..Aku pun xtaw nak nasi pe..coz banyak..yang mana satu Hujan Panas aku pun xtaw..hehe..Then, aku cakap nak nasi minyak yang gulai daging..Adik tu pun amikla Nasi yang kaler Hijau Kuning..Ooo ini ke yang dinamakan Nasi Hujan Panas a.k.a Nasi Minyak..Mana la aku tau..hakhak..Lawak2..

Nah amik ko harga..RM7.00..Adoii, mahal gler..erm xpela..sekali sekala jgn berkala-kala dah..

Nasi Hujan Panas


Dah sampai Cafe...Order air Sirap Limau..my Favorite tau.


Sempat lagi pose sebelum akak wawa sampai..hehe

Permandangan indah dari atas Cafe Ministry Of Financial (MOF)

Jomm makan..aummmm..alhamdulillahh...sedapp..hehe..jgn mara =)

Monday, January 5, 2009

Mengimbas Kenangan Lalu

Friday, January 2, 2009

Award & Tag by Fariza


Thanx to dear Fariza..erm blog kite xcute pun..huhu..btw am appreciate it..mmuahx

Peraturan untuk menerima award ini ialah:


1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag



1. melukis
2. menyanyi (karaoke)..hehe
3. tido
4. makan
5. Shopping..window shopping
6. Suka-suka..hahaha
7. Bergambar n amik gambar
8. jalan2, lepak2
9. suka kaco org
10. love choC..


....WHOeVer....