Monday, September 28, 2009

Missscha & Mr.Izam beraya

Assalamualaikum semua..Selamat Hari Raya..Hari ni adalah hari raya ke-8..kita masih ade lagi 22hari lagi cukup 1bulan raya..hehe..

So, camne ngan Raya korang??Best tak??Missscha sangatlah hepi..cam2 perkara berlaku lam 1minggu Missscha bercuti ni. Agak lama jugak tak update belog..cuti raya sakan..hehe.. sebenarnya keadaan yang tak mengizinkan Missscha on9.huhu..Broadband kena 'Potong' disaat2 akhir puasa..

Well, dapat je on9 terus giler kentang Missscha ngan tenet. Ligat jari jemari menari. Nak update itu ini..rindu jugak kat korang semua. Tapi korang tak rindu kat Missscha kan..siapalah diri ini.hihi

Add ImageGambar ni hari raya pertama bersama insan tersayang..muka Missscha pas majuk..hehe

Gambar raya tak banyak..camera takde..ni pun camera Mr.Izam yang bawak..So ciput jela..tak dapat nak melaram lebey..hehe..Missscha merajuk coz dia datang rumah dah petang, pastu datang plak kejap je..mau tak marah.Tapi raya ke3 satu hari beraya ngan dia dan juga bersama famili tercinta. Kitorang beramai2 pergi ke Kuala Terengganu. Menziarahi sanak saudara disana. Dia pun ikut sekali, suka sangat.

Raya ke3 di Pulau Duyung, Terengganu.

Raya ke-3 kami sekeluarga dan juga Mr.Izam turut serta dalam konvoi beramai2 ke Kuala Terengganu. Menziarahi sanak saudara di sana. Destinasi utama adalah Pulau Duyung, rumah kakak sulong Missscha disana.

Tempat singgah pertama dan tempat tidonya pun disana.hehe. Destinasi ke-2 disekitar bandar2 Terengganu. Missscha dan Mr.Izam tak bermalam dirumah kakak. Kami berdua terus pulang ke Kemaman. Mr.Izam kena balik tak boleh bermalam..so Missscha terpaksa follow ler. Yang lain2 semua bermalam disana. Raya ke-4 dan seterusnya bersama V's tersayang. Jalan2 sajo lah..hehe


ps : Sebenarnya Missscha baru sampai dari Terengganu ni..penat, sekarang jugak mau tido..sambung lagi yer..bye..Nunite alls :)



Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Mata kadang salah melihat. Mulut kadang salah berucap. Hati kadang salah menduga. Maafkan segala kekhilafan. Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, tersinggung rasa, ampun dan maaf jua dipinta kita sekadar manusia biasa
tak terlepas dari salah dan dosa.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

maaf zahir dan batin

dari Missscha sekeluarga.


ps: Berhati2lah semasa pulang ke kampung. Missscha balik malam ni yeay!! :)

Monday, September 14, 2009

Puaka Tebing Biru

Puaka Tebing Biru malay movie last year kot..hehe. Ade kot2 lagik ek. Semalam Missscha layan movie ni dah petang sampai la waktu berbuka. Waktu berbuka Missscha minum air je then, layan movie. Takde mood nak makan sesorang, rasa cam dah susut badan ni.

Sedih pun de jugak cerita ni,..Missscha kalau layan movie memang betul2 enjoy la orang cakap, menghayati cerita tu penting baru best tengok, ni setakat tengok je, pastu tengok cam taknak tengok buatpe..huhu.

Seriau tengok Umie Aida berambut panjang. Sampai Missscha semlam mimpi hantu. Aihh, terlebih menghayati. Bangun pagi ni Missscha sakit belakang kat tengkuk. Guest, what am thinking???

Korang tengok tak cerita horror, korean punye tapi lupe tajuk pe..Shutter kot. Movie melayu pun ade Jangan pandang belakang.hehe. Ade budak duk atas belakang dia.Argghhh tidak. Nonsense je pikir camtu.Karut..masa ngah mandi tadi leh lak terpikir camtu. Bulan puasa syaitan digari kan?


Sunday, September 13, 2009

Sad

Nak raya pun masih sedih lagi Misscha ni..buruk je perangai cam budak2.. merapu je Missscha ni kan. Well, now Missscha ngah nangis sambil tulis entri ni. Padahal lagi 3hari Missscha nak balik kampung. Rindu sangat2.. dahla hari2 dengar lagu raya. Macamana tak sedih buka puasa pun sesorang. Makan pun tak lalu..

Tadi dapat mesej dari dia..

"Sha.Mish u 2..i knw u miss me rite?mwahhh.
mmmm..credit ade 50sen lagi.."


Sedihnya Missscha bila dapat mesej dia, terus bergenang air mata ni. Second mesej..

"Sha makan da? Kenyang? Abg makan nasi..minum air banyak..mmuah..laviu syg.."

Dalam hati je Missscha dapat cakap. "Dah makan, baru je sudah. Sha makan sesorang je". Sambil air mata ni mengalir deras. Missscha dah 2hari tak topup..tunggu dia je call.. arini pun dia dah takde credit..itu je mesej dari dia..sedihnye..lambatnya lagi 3hari cam 3tahun lak.hurmm

Buat apeIa Missscha tulis semua ni, sebenarnya belog sebagai diari yang boleh luahkan segala-galanya supaya hati lebih tenang.. i feel so much better after crying. We release stress when we cry, and eventually it makes us feel good.


Lihat Matamu


Gambor sajo..huhu..layan lagu je yerk..hihi

Lihat matamu,

luputlah segalanya..
deritaku yang dulu..
Lihat matamu,
Jelaslah segalanya pesonaku yang baru..
Kau cahaya ufuk cinta,jiwa raga..
Lihat matamu terbuka segalanya..
Yang terkunci dihati..
Kau cahaya ufuk cinta,jiwa raga..
Renunganmu mengintai nurani,
Membongkari rahsia dirimu,
Renungan mu mencipta listeri,
Membangkitkan naluri rinduku,
Sekali pandang ku kau tawan menjadi milikmu,
Sekali pandang ku kau tawan ke hujung hariku..


Ni lirik lagu dalam citer Tipu Kanan,Tipu Kiri..citer ni xlah sangat dapat sambutan tapi rupanya citer ni funny dan besh dilayan di kala busan..kikiki...

Para pelakonnye terdiri daripada pelakon lelaki indonesia yang hensem..hehe..Christian Sugiono, Titi Kamal, Hans isaac dan Natasha Hudson..comel lorh.. :)

Semalam Missscha layan citer sampai sahur.hee.Missscha dedicated kan lagu ni buat Mr.Izam yang tersayang :)



ps: Sape2 yang ade lagu ni dalam bentuk MP3, kasi sama saya boley?? :)



Friday, September 11, 2009

Bodoh Sombong

Bodoh sombong?? Apakah yang dimaksudkan dengan bodoh sombong? Maksud BODOH SOMBONG ialah mereka yang hanya cakap tanpa mengetahui perkara sebenar dan tak mahu BELAJAR.

Lebih kurangla pe yang Missscha nak cerita kat sini. Hangin jugak dengan orang camni. Semalam masa Missscha tunggu bas, ade lah seorang lelaki bersama seorang perempuan. Perempuan tu lagaknya macam orang 'Indonesia'. Pastu, ade seorang akak yang duduk sebelah Missscha. Lelaki tadi tanya la akak tu, kat mana Jabatan Imigresen.

"Boleh tanya, kat mana Jabatan Imigresen?"

"Ermm, imigresen sebelah sana, dekat area pejabat kehakiman."

Kakak tu cam teragak2 nak jawab..

"Cik, sebenarnya tau ke tak tau ni?"

Haissh, Missscha yang dengar dia cakap camtu tetiba naik geram..dah orang jawab boleh plak dia cakap camtu.Tak beradab langsung.Sabar jela nyahh..

"Saya tau, Imigresen kat sana, ada arrow ke sana Encik akan nampak."

"Erm ok"

Kemudian, Missscha nampak lelaki tu pegi tanya orang lain plak. Memang tak salah kalau nak tanya orang lain pula untuk kepastian, tapi cara dia tu tak betul. Berterima kasih pun tidak. Missscha dengar je masa perbualan dorang tu. Mengiling kepala dibuatnya.huh..tak bersyukur.

Lastly, dia dapat tau kot kat mana Imigresen tu, cara dia menunjukkan ke arah Pejabat Kastam. Memang Missscha dah agak dia ke sana. Masa dia jalan tu, mulutnya membebel dan tangannya tunjuk ke araha sana sini. Kononnya..sorang cakap lain, yang sorang lagi cakap dekat lain. Haishh, lagi la Missscha menyampah.

Pastu, konon jawapan dia betulla tu, Missscha tengok pada gerak geri dia, dan membebel dia menuju ke Kastam.hahahah.Nak gelak Missscha dibuatnya. Padam ngan muka dia.Memang sah2 salah.

Itula, orang dah bagitau betul2 kat mana, tak percaya saje nak tunjuk pandai. Sebenarnya Missscha perhatikan je dia.huhu. Dah betul pun ape yang akak tu cakap. Government staff tu 'Bro' takkan salah lagi.huhu. Masa tu, dia pegi tanya orang kat bazaar seorang penjual lelaki. Masa Missscha kat situ nak bukak2 je mulut ni cakap. Geramm.

Missscha pun ta'tau kat mana Imigresen tu, juz tau arah mana je, coz sebelum ni Missscha naik bas dan ade segelintir penumpang akan bertanya, Missscha cakap ta'tau je.. tapi, on the way
ke MOF akan lalu depan Kastam dahulu. Then, baru opis MOF. So, dorang tak turun pun, konduktor bas akan cakap depan lagi.

Untuk kepastian, Missscha search la kat Google map. Betul la ape yang akak tu cakap. Apelah kesudahan hari dia semalam ek..haha. Rasa nak 'booooo' je dia tu.huhu..


ps : Diam-diam sudaa..

Thursday, September 10, 2009

Boogie Down

KahKahKahKah (Gelak Jahat).. Sebelum korang tengok flash kat bawah ni gelak dulu yer.hihi. Nanti dah tengok korang menangis lak.hahaha..Tadi Missscha duk baca belog teman belogger. Last2 tengok dia buat entri ni. Missscha pun nak try la. Nak abadikan kenangan bersama My Boo.hihi.

Dolu2 pernah Missscha post entri cam bawah ni. Masa tu flash dance bersama2 teman Missscha. Masa tu we all kat Mines, de orang buat promosi cam flash ni la. Masa kat MInes tu, we all kena pkai baju hijau, cam nak masuk bilik bedah dan we all juga terpaksa goyangkan kepala.haha. Ni baru real punye.kehkehkeh.

Kalo korang follow entri Misscha mesti pernah tengok. Takpe2 Missscha link kan korang. klik Video Tapi yang ni bersama My Boo. Kalo dia tengok mesti suka tak ingat dunia. Missscha nak gelak tengok die menari je.haha. Kalo Misscha cmne ek.hihi. Okeyh tamau cakap banyak. Okeylah lets dance together..Yeahaaaa!!


Click here to see the Flash video



yang sexy sket okeyh.ahaha.Gimnastik lagietuuu.. ;P




Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Hari ni 09.09.09 Cantikkan tarikh hari ni. Hurm korang taknak abadikan pape ke arini.hehe. Buat sesuatu yang korang takleh lupa, cantik ooo tarikh hari ni.hihi. Kalau bertunang ke, kahwin ke. Memang senang nak ingat.haha. Boley ke kawin bulan puasa??Jimattt sesangat takyah buat kenduri.kuikuikui..


ps: Bangun pagi2 dah takde air..hehehe

Nasi Goreng Daging


Semalam Missscha berbuka puasa kat luar ngan Ciken kat kedai Mamak Faiza kot, (lupa nama kedai) tepi Kondo kat Mines tu. Nasi goreng dia memang best. Hajat nak makan nasi goreng Daging. Tapi hampeh, lain yang di order, lain yang sampai. Dahla orang dah berbuka kitorang masih minum air je.huhu.

Missscha dah agak masa dia mintak order tu, Missscha cakapla nak nasi goreng daging, tapi Mamak tu cam pelik je, dia tanya daging biasa ke merah? Haish, ni dah lain menu ni. Hurm, Missscha pun tanyala, Nasi Goreng Kambing pun ada, tapi nak daging lembu. So, dia ok je. Punyalah tak sabar nak makan, last2 lain dapat. Nasi goreng tu orang melayu yang buat, so resipinya lain la, kicap je. Baik Missscha buat sendiri lagi best. Haish, kempunan.

Nak buat camne makan jela perut dah lapar, kalau nak tunggu masak lain hampeh. Nasib ler tak sama harga ngan Nasi Goreng Daging tu. Lepas berbuka, we all pegi jalan2 kat MINES, cuci mata. Hajat juga nak tengok Final Destination, tapi lewatla plak kul 0945, habis mesti dah pukul 12. Batal jela nak tengok movie.huhu. Next time jela. :)

ps: Sape nak banje Missscha tengok Movie.hahaha


Tuesday, September 8, 2009

Cuti Oh Cuti

AHAHAHAHA(Gelak Jahat)..boley ke?Jangan marah yer. Haishh, semalam korang cuti pegi mana?Missscha tak kemana2 pun..bangun pun dah kul1pm..anak dara ape camni.hee. Tak sedar la weyh, bilik Missscha ni cam bilik besi.Tak dengar ape2 kat luar. Dahla gelap..roomate yang bekerja kat Gov dah pegi keje, so tinggal Missscha sesorang kat rumah. Memang tido mati. Takde niat pun nak bangun lewat camtu.hihi

Hurm bangun pun dah lewat, Missscha pun sibuk kemas rumah, mandi, basuh baju. Nak kuar memang malas time puasa ni. Ngadap FB je satu hari. Lewat petang lak, Missscha sediakan barang2 nak masak. So, juadah semalam adalah Mee Hun goreng je. Nak pegi kedai pun malas. So, makan tu jela. Dah ler pagi tadi tak sahur..huhu.

Sampai opis kul8am, hanya sorang staff yang ade. Hurm, suram nyer pagi ni, cam Monday Blues lak pagi ni. Padahal semalam dah tak pegi keje. Kalo korang nak tahu, semalam sepatutnya Missscha kerja la.hihihi. Ingatkan cuti. Mesti mengamuk sakan "Wanita" itu. Yela opis Missscha yang kat Serdang ni memang cuti, tapi opis kat MOF kerja, so we alls kena ikut projek or client. (Pandai2 je p cuti)..Biaq p jela, benda dah lepas nak buat camne.hehe..

"Semalam kejela, kena ikut projek dik oi.." kata sorang akak ni..(dah rasa tak sedap hati ni)..


ps : Wuteverrr!!


Sunday, September 6, 2009

Sepi buat aku rindu

Hurm dah lama Missscha tak apdet belog. Tatau pe nak cerita, tengok je belog cam bosan je. Boley ke?huhu. Hari ni adalah hari ke-16 kita berpuasa kan. Tuptap2 dah tinggal lagi separuh hari. Dah nak raya pun. Korang camne puasa tinggal bape hari puasa?penuh tak?hehe..

Hari minggu ni korang buat ape? Missscha sunyi sangat2, bosan la, tatau nak buat ape. Bila sepi camni buat kita rindu sangat2 pada seseorang. Lain la u alls, yang tersayang semua dekat2 kan.hehe.

Semalam lepak ngan kawan2 Semenyih, miss them a lot.dah berbulan2 tak jumpe. Gila masing2 keje.Baru semalam kua lepak kot. Kalah PM tahap kebizian dorang.hehe. yela Missscha je tak bz, nak kua mana de transport. Tunggu dorang pickup jela. Semalam we alls lepak kat kedai mamak syafiz, Hartamas. Hujan lebat giler semalam. Lepak2 sambil tengok bola then terus Sahur.

Kalaulah, Missscha kat Terengganu kan best.Leh jumpe dia.Rindu sangat2.Uwaaa nak nangis. Lambatnye nak raya.hehe.Nak cuti lelama.Rindu kat V's too.

Kla guys Selamat bercuti. Sok pun cuti kan??Hurm lagila bosan ni.



Friday, September 4, 2009

Cinta Gunawan


Engkaulah perawan itu
Mengipaskan angin cinta
Menafsir duka lara
Dari kedut wajahku

Dari senyuman pahitku
Engkaukah perawan itu
Yang datang dalam mimpiku
Menyembuh luka lama

Dengan suara syahdu
Meninggalkan rasa rindu
Engkaulah kasih
Penyuluh jalanku

Dari kegelapan cinta semalam
Engkaulah sayang
Bahtera hidupku
Yang menyelamatkanku dari hanyut
Cinta semalam

Bertemu kita akhirnya...
Dengan satu kesamaan
Peristiwa silam sama dipadam
Hari ini pastikan subur semula

Pohon cinta kita
Berdaun dan berbunga
Indah dan harumnya di mana-mana
Kekal sejahtera di taman nirwana
Megah mencapai bulan

Sebuah cinta gunawan...
Sebuah cinta gunawan...


Tuesday, September 1, 2009

Sok Sek Sok Sek dihujung talian

Pada sabtu lepas Missscha pulang ke kampung dengan keadaan badan yang tak berapa mengizinkan. Missscha demam mungkin kerana jangkitan dari staff ofis.huhu. Nak balik kampung risau jugak, kot2 Missscha ni ada virus H1N1.Tapi alhamdulillah tiada.

Masa sampai Kemaman, Mr.Izam datang menjemput Missscha. Kami berbuka puasa sama2. Missscha betul2 takut demam ni berjangkit kat dia plak dan jugak famili Missscha. Tapi nak buat camne rindu lama tak jumpa. Sampai kedai Missscha teringin nak makan sup ekor, telur dadar
, kailam ikan masin dan sambal belacan. Mulut ni semua nak makan last2 nasi satu pinggan pun tak habis, separuh pun tak habis banyak minum air je. Demam dah teruk, makan pun tak rasa pape.


Semalam plak, Mr.Izam hantar Missscha kat Terminal kuantan. Masa dia pickup, muka lain macam je. Memanjang jer bersin. Risau Missscha. 2 3 kali Missscha tanya dia kenapa bersin nak demam ke. Dia cakap tak, juz resdung je. Maybe semalam makan sambal belacan banyak sangat. Missscha tau sebelum ni pun dia memang susah nak demam. Sampai Terminal 2 3 kali dia bersin, kesian sangat2 Missscha tengok dia.


Pagi tadi call, sok sek sok sek Missscha dengar dihujung talian. Rupanya dia dah demam. Ya Allah, Missscha yang bagi dia virus demam. Kesiannyer. Risau Missscha hari ni, duk pikirkan dia. Tengahari ni Missscha mesej pun tak dibalas. Nak call isau menganggu dia berehat. Harap-harap dia cepat sembuh dan jauhkan dari penyakit2 lain.AMINN..



Berbuka puasa dalam bas

Sedihnya semalam, Missscha berbuka puasa dalam bas dengan hanya minum air kotak coklat je. Sampai kat tol Gombak jalan jem giler. Missscha naik bas kat Kuantan kul3 petang. Kemaman tiketnyer sudah habis. So, terpaksa kejar ke sana.Nasib baik ada pukul 3ptg. Bas Utama Ekspress.

Missscha dah serik naik bas ni.Tak tepati masa, melengah2kan perjalanan, banyak cakap la punye driver bas, macam2lah leh komplen si pemandu bas tu. Geram Missscha tengok dorang. Sampai area KL, bas berhenti kat stesen minyak shell, untuk kitorang berbuka juz beli air saja, kemudian terus naik bas.Waktu berbuka pun dah lepas.


Sebelum tu, Missscha terdengar perbualan driver bas yang diorang taknak berhenti PUTRA, nak benti kat PUDU. Missscha dah naik geram, dah tugas dia berhenti kat sana, saje je taknak pegi. Last2 ada 2 3 orang penumpang lain yang bagitau nak turun PUTRA jugak.

Sebelum tu Missscha dah call si Fendi, mintak tolong pickup Missscha kat Pudu. Missscha tatau area sana, takut gak jadi cam dulu Missscha sesat dah la tengah malam.huhu Last2 pakcik driver ni berhenti jugak dekat Putra.Alhamdulillah.Fendi datang jugak amik Missscha. Thanx Fendi. :)