Friday, July 31, 2009

Once Again

Once again, and it happen again..Tension aku.Masalah menimpa2.Tu la semalam gelak sakan ko. Missscha dan kawan2 melalak sampai pagi.hehe.Kat Mines.Btw, i loiked it.Dah lama u Missscha tak melepas tekanan.ahaha.Tekanan la sangat.

First karok kat tempat baru dalam Mines tu, tak penah pun
Missscha g sana.1jam RM25.Erm kira okla.Tapi bila nyanyi ikut jam ni Missscha rasa cam kejap je.Lepas karok kat situ, Missscha dan kenkawan pegi tempat len plak.Missscha tak puas hati lagi, nak nyanyi lagi.hohoho..suka u.

Pas habis nyanyi, lepak kedai Mamak makan menu baru.Menu baru bagi Missscha la..hehe.Tak penah lagi Missscha makan Nasi Goreng Kambing.ahaha.Best jugak Mamak tu buat.Harga pun mahal.RM6.00.Nasi pun banyakla. Missscha bagi 2 je ngan kawan Missscha tu.Takut tak habis.

Tapi Missscha tak order ler nasi Goreng Kambing tu.Missscha tak suka kambing tau.Tapiiiii.. yang Missscha senyum kambing jugakla semalam.ehehe..dengar nasi goreng Kambing.Coz Missscha ni selalu melatah jugakla, kalau terkejut kan.Perkatan yang Missscha selalu sebut..

"Kambing!!"..

eehe..ni ler yang aku nak gelak.Eyh..korang dah tau la kan.Mana yang biasa dengar aku melatah macam tu tau la.ahaha.


Tapi semalam jugak Missscha rasa cam nak nangis tapi hati ni masih tahan tamo nangis.Risau pun ada.Tadi pagi Missscha gerak ke BTS ada hal yang nak di satlekan.Last2 si Polan penjual keter bodoh tu call Misssha.Cakap itu ini, lambat tul buat keje..bengap.Haishh mau aku jerit kuat2 kat telinga dia tu, tension la.Macam2 masalah.


ps:Harap dapat satlekan dalam minggu ni..ermm
pss: Misssha masih sedih dengan apa yang berlaku.Harap dapat diselesaikan dengan segera.Aminn


Wednesday, July 29, 2009

Politik & Pilih Kasih

Anda Pas atau Umno??Satu soalan cepu emas.hehe.Tapi entri kali ni bukan Missscha nak korang bagitau korang belah pihak mana dan juga bukan nak melaga-lagakan dua2 pihak ni.Missscha bukan suka politik pun.Dan tak reti ler nak berpolitik2 nih.

Bagaimana ngan pilih kasih?Apakah kaitan politik dengan Pilih Kasih?Korang dapat agak tak, ape yang Missscha nak bagitau ni.Missscha amat kesal dengan sikap sesetengah pihak, yang pilih kasih dan masalahnya adalah kerana politik juga.

Masalah ni kat kampung Missscha sendiri.Sangat2 tak adil, dan tak patut pun camtu.Meh sini nak habaq, nak umpat sket..hohoh..

Kampung Missscha ni, kalau nak diikutkan ramai yang kaler Biru..hihi.Tau2 la kan.Yang Ijounyer sket ja.So, bila dah sama kaler tu..ada lagi masih yang tak puas hati.Heran Missscha ni.Dengki , gaduh sana sini.Penyakit PHD ni memang ada.Lepas tu berpuak-puak plak.Ada saja yang tak puas hati.Tapi itu memang lumrah kan.

Apa yang dimaksudkan dengan ketua?Ketua-ketua biasanya yakin mereka bersikap adil dan saksama apabila memberi layanan kepada orang-orang bawahan, umpamanya apabila membuat penilaian prestasi pekerja dan apabila memberi ganjaran seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, lawatan sambil belajar, kursus ke luar negara dan lain-lain.

Haa, itu yang dinamakan ketua.Takde nyer nak pilih kasih.Mesti pilih mengikut mana yang layak atau tidak dan mesti adil dan saksama.

Masalah ni timbul kat kampung Missscha sendiri.Hangin Missscha dengan sikap sesetengah pihak.


ps: Sape dapat duit Dana untuk rakyat Terengganu??ehehe



Tuesday, July 28, 2009

Menang Contest lagi

Yeay!!Aku gumbira.hehe.Adakah aku bertuah dalam contest2 yang aku sertai??Dah berapa kali aku menang contest. Alhamdulillah.hehe. First, secara suka2 je..last2 dapat hadiah..

Nasihat aku untuk korang, dari korang duk surfing je, baik korang try masuk contest pape..Mana la tau ada luck kan.


Nak cari jawapan senang saje. Mr,Google kan ade.hehe. Ni hadiah ke 3 aku dapat. Kira okla. First contest dapat tiket konsert David Archuleta - contest kat Gua.com. 2nd Pesta Malam Indonesia - contest kat hyyp.tv, 3rd DVD Twilight - contest gua.com juga..Berbaloi la jugak kan.hehe



Sesampainye aku di KL

Saje letak pic ni..dah lama tak bergambar..rindu ohh..hehe.Nila pic terbaru gw ya..


Banyak penat ooo..balik dari kampung.Banyak benda nak kena buat.Satu bakul baju belum ku basuh..baju minggu lepas punye.Malu oohh..hehe.Last week balik kampung tak sempat nak basuh.Masalah rumah takde air, so simpan stok satu minggu, then campur lagi baju dari kampung.Haisshhh, rajin sungguh aku.

So, dikesempatan inilah aku ambil untuk hantar ke dobi.Dekat je bawah rumah aku.hehe.Rumah Ckin.Memang tak larat aku nak basuh ni.Banyak sangat. Semalam sampai Putra, Fendi datang amik.Thanx sangat2.Pastu pegi makan kat cheras kot..Makan nasi goreng Black Papper..Sangatlah enak.hehe.

Selesai maken2 rasa nak hilangkan sore nih, pegiler Karok kat Alamanda.Nahh, amik ko 20lagu.So 10 lagu sorang.haha.Semua lagu ku bedal.Konon sore cam Ziana..podahh.hahaha.Dah lama giler tak melalak.haha.Pitching lari..cewahh.hihi.

Sampai umah pun dah lewat kul12.Letak je beg, basuh muka..tak mandi pun..hehe..terus tido.Penat dow..kla gtg..mmuahx


Saturday, July 25, 2009

Cherating Part II


Semalam mandi manda amatlah best.hehe.Tapi aku mandi sesorang je.Dia tak mandi coz badan tak larat, baru pas main bola sepak.Hurm nila yang aku tak suka..dah tau nak jumpa nak mandi p main bola sepak jugak.Pastu penat nak jalan2.Takpelah janji aku happy semalam..Ni je gambar semalam yang aku edit.Yang len2 ada lagi tapi cam sama je.

Aku pegi pantai dalam kul6 dah masa tu.Ramai couple famili mandi manda.Biasala la kalau hari minggu memang penuh kat pantai cherating ni..

Ada 2 pasang couple ni ngah mandi manda.Barang2 yang diorang bawak berkelah adela kat bawah pokok besar, pastu datanglah makhluk comel itu memakan bekal yang dorang bawak.hehe

Pastu si awek ni pegila kat barang2 diorang.Yang aku nak gelaknyer, pandai giler monyet tu.Dia tau perempuan datang, tak lari pun.dukk je kat situ sambil makan ape ntah.Perempuan ni halau la si monyet..leh dia buat dedd je.ahaha..Dia tau perempuan takut, so buat bodoh je..

Sekali la, si bf dorang datang terus monyet ni lari, panjat pokok..haishh pandai betulla monyet ni. Ngan perempuan dia tak takut ek.Mesti monyet jantan ni.hehe

Friday, July 24, 2009

Cherating

Jom kita mandi pantai reramai..tak sabar aku nak mandi nih.hehe.Best ooo..tapi tak pegi lagi ni..sempat je aku update belog, pasal nak bagitau korang dulu.hahaha ..jahat2..jangan jeless oo..aku tunggu incik abg aku la ni..hihi..Lambatnyer..
Nanti petang kang aku update ngan gambar sekali yuk.
oklah..Enjoy ur weekend guys :)




Maaf Tuan2 dan Puan2

Ampun maaf dari saya kepada tuan2 dan puan2 atas kekasaran saya berbahasa.Amatla kesal dengan apa dikeluarkan dari mulut ini, yang biasanya hanya mampu mendiamkan diri tak pernah nak membusukkan mulut sendiri dengan perktaan yang busuk itu..Sesungguhnya saya tak mampu lagi menahan rasa marah dalam diri.Tahap kesabaran saya juga ada batasnya.Namun perasaan marah itu hanya seketika..tak lama pun.Inilah aku diriku yang sebenarnya.


Thursday, July 23, 2009

Ada orang gila babi

Maaf entri aku kali ni betul2 kurang sopan.Maaf sekali lagi.

Aku amat benci pada mereka yang sibuk2 hal aku, dan aku tak pernah amik tau hal diorang.Diorang sape?Saje nak cari gaduh ngan aku.Ko memang tak puas hati lama ngan aku dah lama kan.Tapi aku tatau ape masalah kau sebenarnya.By the way go tell hell la orang2 pandai.Mulut macam murai.Perangai gila babi.Buat aku sakit hati sangat2.Aku ada jugak tahap kesabaran.Kau jangan nak cabar aku.Tak silap haribulan meletup je aku nanti ada yang orang sakit.Perasan bagus.Cermin la diri sendiri dulu.

Kalau benda yang aku tak buat, memang aku marah sangat2.Gila babiiiiiiii.

Sengal

Punye sakitlah hati jiwa ragaku. Adala sorang hamba Allah ni yang kurang berbudi bahasa kut. Berlagak, action lebih. Aku tak tau lah salah siapa kan.Tapi kitorang pun salah jugak kot. Nevermind lah kalau dia nak tegur.Tapi kalau cara baik takleh ke?beradab, sopan sket.Lu ingat lu polis ka?nak soal selidik.Taulah staff MOF.Staff korang yang bagi tauladan tak baik.nak tegur takleh cara elok2 ke..terjah lak kitorang ngah makan.Nasib ler tak tersedak..lu ingat Nas lam Melodi tu ke nak terjah2??Arghh..bengang giler aku.Bodoh..nama je LELAKI..tak gentlemen langsung.Berlagak lebih.

Bas Kejar Bas

Semalam aku ngan Idan buat lawak la pas balik keje..hehe.Macam hari2 biasa, aku balik bas kul0730.SO, turun bawah tunggu bas around 7 la.Semalam kul7 dah turun bawah.Jalan2 sampai je tepi jalan besar.....

"Ida..bas rapid ke tu??"

"Alamakk..bas..huhuk"

"Cepat2 call..sempat lagi ni"..hahaha..kitorang nak kejar jugak bas tu.Nak tunggu bas satu lagi berejam lamanya..0830 plak..so nekad, nak jugak naik bas rapid tu.So my fren ni call ler..Bas Rapid pun tunggu la.

Aduhh nak lari ngan High Heel ni ke?Sempat lagi ngomeng lam hati.hehe.jauh gak dalam 100meter kut.ermm..Aku ngan Ida pun plan nak naik bas Nadi, kebetulan baru nak lalu.daripada aku jalan dan buat orang dalam bas mengamuk..tawakal jela tahan bas nadi.hehe

Bas Nadi berhenti.."Abg leh kejar bas depan tak?"..Driver bas Nadi terpinga2.."Kejar bas?payah ni..haha"(Gelak tawa disitu)..Dia taknak pun duit.Nasib baikla driver ni baik hati.Tolong jugak kitorang.hehe.

Then sampai la kat belakang bas Rapid.cepat2 aku ngan Ida turun nak naik Rapid lak.Tergelak kitorang buat lawak bodoh lak dipetang hari.haha


Bas Kejar bas ok la tu..ngee


Monday, July 20, 2009

Gado-gado

Semalam adalah peperangan yang tak penah2 terjadi.Kenapa dan mengapa. Cemburukah aku atau aku yang cepat terasa dan melenting?kesian kat aku..huhu

Menangis sampai teresak2, sakit kepala aku pagi tadi. Korang penah dengar tak orang2 tua cakap, kalau kita gelak2, suka sangat hari tu..mesti nak nangis..

By the way, tataula betul ke idak kan.But benda ni selalu jadi kat aku.Sebab tu bila ketawa..mesti teringat satu ni..jangan gelak sangat nanti menangis.So yang aku duk risau, lepas ketawa sampai tak ingat dunia tu..semalam baru aku nangis sampai tak ingat dunia jugak..huhu..

Buruk je muka bila nangis, cam budak2.haha..tapi lam gelap.. kawan aku tak nmpak..dengar sore je teresak2.malu2..ngee..
Benda kecik je pun.
Sentap giler yukk..

Aku sangat2lah pantang bila mesej aku tak dibalas..tunggu mesej nak dibalas, berejam lamanya.
(Mula lam hati pikir len).Arghh,..tension2.Pastu bila aku marah..dah tak pikir dah, aku hantar je msg yang bukan2..(xdelah maki hamun)..juz ayat mengajuk dan sindiran..haha.(tapi tak dipujuk pun)..


ps: Gado-gado kejap je..paling kurang 2 3 jam..pastu dah ok..hehe.


Cemburu

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu.

Tanda-tanda Cemburu

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.

2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.


Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu


1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.


Atasi Sifat Cemburu


1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.


Kesan Positif Cemburu


1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu


Kesan Negatif Cemburu


1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.


ps: Maafkan aku diatas kesilapanku.

Saturday, July 18, 2009

Knock Knock Loving You


Happy weekend day to all belogger.Korang ke mana hari ni?Jalan2 caei makan?Tengok bola Manchester United??Bestnyer korang..tak ajak aku ek..huhu.Hari ni aku tak ke mana2..juz watching dis movie at home..KNOCK KNOCK LOVING YOU..

Sangatla best citer ni.Kalo korang minat ngan citer korea ni sila layari laman web ini.. www.mysoju.com . Maybe ada yang dah tahu.Ntah2 korang dah layan citer ni.Aku lak yang ketinggalan.hehe

Citer ni memang best.Kelakar pun ada.Camne ek ending die.Citer tak habis lagi dah pikir ending dia.Mestila happy ending bak kata Avril Lavigne..huhu..Kalo tengok posternye citer ni.Dah boleh agak kan sape ngan sape.Ada dua hero lam citer ni.

Lam citer ni ada 2 hero.Sangat macho dan hensem.hahaha..aku tak minat 1st hero tu..aku minat yang sorang lagi..hyperxtif.ahahah.korsang tengokler memang best.huhu..yg 1st hero tu cam terlalu slow je.ahaha..

kla enjoy ur weekend guys.Ngah layan citer korea ni.huhu :)

Thursday, July 16, 2009

Apa Pendapat Korang?

Salam wahai para belogger sekalian..Sekarang saya baru je lepas makan..Korang bagaimana pula yer.hehe..Ohh amatlah kenyang dengan hanya memakan mee meggi.Sifat kemalasan akhir2 ini, membuat aku bersifat aktif ngan Meggi..boley ke camtu?ahaha..

Sekarang aku juga amat jarang update belog..Kalau dulu2..1 hari bersamaan 2 3 entri..yeke?Ini kerana bz ler sangat2.Balik keje on9 kejap then terus tido..ishh kenapa ler cakap canggini.Skima tak patut..eheh..


Udah2 ler yer..berbalik pada tajuk kita pada malam ni..ingin ku tahu pendapat korang bagaimana kalau aku tukar template.Aku dah rs bosanla..tapi nak buat balik susah tu..aku rasa wajah belog aku skang dah buruk jer..ehehe..kuning je..xnmpak cam putih da..sebab dah lama kan..poyo jer.ehehe.

Aku suka yang nampak simple, kaler ala2 sweet gitu dan bersih(dalam kategori kaler la)..tak sakit mata.Pastu bila aksesori2nye yang sedan2 aje..tapi tula susah skang, mana aku nak cari template cmni..tapi len sket la.

Ada bagus ke kalau aku tukar template??Tukar wajah baru?Ada sape2 tau mana2 leh dapat template yang bagus2, comel2.

Tapi skang amatlah malas untuk aku tukar dan edit mengedit coding2 dalam template tuh.
.


Tanda Inai di Jari

Salam pagi belogger sekalian..Moga di hari yang indah ini para belogger sekalian mendapat berkat dah dicucuri rahmat..macam nak bagi syrahan plak ka..sekali skala kan..kan..Tajuk kita pada hari ini amatlah saspen..saspen ke?ahaks..Kenapa yer ngan inai di jari??

Apakah maksud atau tanda jika perempuan atau lelaki pakai inai..sesetengah perempuan pakai coz saje2, suka2 kan..kalau dak2 kecik tu suka sangat pakai inai..Cam aku waktu tua2 dulu la..eheh.. Suka sangat pakai inai..Kalau tak merah dijari ni..pakai lagi 2 3 kali bagi merah menyala gitu.

Kalau si Lelaki pakai..ditekankan disini bahawa kalau si lelaki pakai..maknanya apa ye tuan2 dan puan2??hurmm..mesti orang dah kahwin atau bertunang kan?eh bertunang pakai inai ke?I think kahwin je kot..ntahla aku takde pengalaman lagi dalam bidang ni.ecehh..Kalau lelaki ni, inainya hanya dipakai 3 jari dari jari kelinking ke jari hantu..am rite??betul la tu.Sendiri tanya sendiri jawab eh.

So, now berbalik pada inai tadi..adala cerita yang nak diceritakan nih..hihi..tadila dalam bas..Bas lagi kan..Masa aku tunggu nak pegi keje tadi..adala mamat ni 2 orang..duk pandang aku dari atas sampai bawah.Tapi aku buat2 bodoh la kan..tu je aku reti..eheh..yela xkan nak sound lak.

First..aku tatau la dia orang mana..Dalam bas lak aku berdiri kat tepi..die duk tengah..so jarak pun dekat la.Aku ni punyela gelisah..orang duk pandang kita lama.Pandang2 jeling2..ehehe

Last2 yang aku nak gelaknya..rupenye dia orang kelantan..Lor speaking kelate la.ahaha.Kecek banyoklah demo duo ore tuh..ahaks.Yang sorang tu memang ada rupelah jugak..yang sorang rendah2..(Betul ke orang kelate hensem2?comel2?)..

Aku terpandang jarinya..(siap usha lagi)..bukanlah..terlihat,terpandang,tertengok..ape banyak terr la..kat jari dia tu dipakainya inai..so mesti dah kahwin dan baru sahaja kahwin..Merah lagi dijarinya tu.Takkan laki saje2 nak pakai kot..Tapi mengatal no..Alaa lelaki..hihihihi..jangan marah ye lelaki diluar sana.

Aku dengarla dia cakap canggini..Dia ingat aku tak pahamnye speaking klate tuh.Gelak sesorang lak aku..tapi lam hati je.."Buleh doh, wat bini hok blake nih"..

Ahahah..gilo demo ni..aku tak reti sangat cakap klate tapi pahamla kan.."Buleh royak gitu"..hihi.

Sampai depan opis je.."Turun dohlah"..kikiki..Byebye la kat dia..

Okla para belogger sekian dulu untuk pagi ni.Lately aku sangat BZ dan takde masa nak post entri.So, dikesempatan ini jela yang dapat kucoretkan sedikit sebelum bos datang..ngeee


ps: Have a great day..LAP U OL..


Wednesday, July 15, 2009

Perkembagan yang bagus

Alhamdulillah satu perkembangan yang bagus terhadap diriku.hehe..Orang putih cakap sofa ngan sogud..ecehh..tak paham sudah..ahaha..Well my bapak mertua ada call la..hi2..terkozut den.Senyum lebar aku tadi.Penat lelah, takut, risau, tension semua hilang..Mana taknye leh gelak tawa ngan bakal bapak mertua sampai ke telinga.ahaha..Lawak2.Oh bapakku tadi call, tanya pasal kereta camne.Aku cakap sofa sogud la.ehehe..

Korang tau kan, aku ni mana de lesen lagi..pkai kereta..bonguks..tak sabau2 nak pakai kereta.Kan dulu aku ada cakap takpe driver ada.hee.Dialah yang jadi mangsa aku nanti.So, bapakku tadi tanya la bila nak amik lesen.."Bila nak amik lesen?Ok dah slow2 pegi amik takkan nak suh Izam bawak je.."..(Gelak Tawa disitu).. :))

Huhu..aku agak keriangan mendengarnya..senyum ler..borak pun panjang lebar ler jugak..so tadi yang aku duk risau tu..masa tu aku ada kat MID VALLEY mencari sesuatu yang pasti..ehehe.. Rahsia tau..so dats whyla i said, takut risau tak jumpa tempat tu..tapi aku redah je berpandukan alamat tertera di skrin telefon..tawakal innahu.. dok try dok tahu..hehe

Bapak mertuaku very supportingg lah.ehehe..he's very kind and gud person, humorous..eh nak takcle bapak ke anak nih.ahaha..bapak pun perlu tau..ahaks..untuk masa depan..betul kan..kan??

So gitu aje la yang diborakkan..Am heppy sesangat..


Dalam tren asyik duk senyum ja sesorang..balik sorang2 pun tak takut dah.Aku duk nasihat orang jangan balik lewat malam..tapi aku jugak yang balik lewat tadi..ada hal kat Mid..very important.Hari ni makan tak makan je..Keje berlambak..Jumaat last date kot.uhuhuk..Mamposs gue.


ps : Aku sangat2 penat dan gembira..diulangai aku sangat2 penat dan gumbira.kahkahkah
To Ida thanx :)..


Tuesday, July 14, 2009

LOVING YOU

"You're all around me ; I breathe you like air ; your arms have found me like waves find the sand. Is the answer here, right here in your arms? Hold me near and free from harm. I was always reaching for the highest star; I was searching for a dream come true; I looked up - it was you. I now give my soul to you. The warmth of your hands holding my face, once a castle of stone, the walls slowly falling down, you kissed my sad eyes and for once in my life I feel alive. I will love you always."

Monday, July 13, 2009

Pitam

Semalam insiden yang amat memalukan diri aku sendiri.huhu.Sedih pun ada.Dahla balik KL ngan hati tak senang.Ada je yang buat aku sakit hati.Tengahari tu sebelum naik bas.Aku mogok tak makan.Akhirnya terima padah kat aku sendiri.

Sebelum naik bas, janji ngan orang tu.Datang lambat giler, mana tak aku marah.Dalam kereta aku buat bodoh je..diam, taknak bercakap.Sakitnyer hati aku.Tunggu kat bustop lama giler.Tapi agak berbahaya aku nunggu sorang2 kat bustop tu.Sorang Mat Motor berhenti..tanya aku cam2..aku pun konon angkat telefon dan buat2 bodoh..terus dia blah..risau aku..

Pastu datang lagi kereta berhenti..ada 2org kat dalam kereta tu.Pastu aku buat2 bodoh..buat2 gelisah..terus je blah mamat tu..yang ketiga ada lagi berhenti, kereta gen-2..yang ni aku takut muka cam penjahat jer.Tapi tak bape lama kemudian si dia datang parking belakang Gen-2 tu..


Aku cepat2 naik kereta..takut ler..tak pasai2 kena culik kang.Dia dah marah2 kat aku coz tunggu sorang2 kat luar.Habis tu mana aku tak sakit hati, datang lambat 2jam.Mau aku tak marah, meradang..tapi aku marah lam hati..xde la nak tengking2..diam membisu jer..paham2la dia.

Memang aku tak makan..mogok..Bas datang 0330..sampai kat chendor berhenti makan.Aku makan roti je..tau lak lapar.hehe..dalam bas plak duk ngan lelaki..muka cam penyangak, cam indon tapi dia polis..haha..yang aku tau dia tu polis coz, dia yang bagitau..aku tak tanya pun,.aku m'iyakan jer..aku buat2 la tido sampai KL..penat giler..padahal tak tido pun..

Aku duk belah tepi orang lalu lalang..tak duk tepi tingkap..dia memang dah duk sebelah dalam..tapi masa berhenti makan, dia suruh aku duk dalam..tapi aku dah serik kejadian yang dulu..sorang laki mengatal..saje je duk rapat2..aku ni habis kecik kan badan dah..leh ke kecikkan badan??hehe..lenguh aku dibuatnyer..


Sampai KL nak call member datang amik..tapi takut menyusahkan..Aku kuatkan jela badan naik tren..tunggu tren lak kat setengah jam..Sampai kat seputih lagi 2 stesen ke Serdang..mata aku berpinar2..muka berpeluh2..badan aku rasa lemah sangat..dah la galas lappy..orang plak penuh tren, aku duk depan sekali, takde sit..nak p tengah memang tak dapat.sesak.. lemas aku dalam tu..last2 aku terduduk..dalam keadaan sedar tak sedar..semua orang duk pandang aku...aku buat bodoh je..malu jugak..tapi nak buat camne.

Sampai bandar tasik selatan aku bangun berdiri..badan aku kembali lemah..aku mengucap 2 3 kali..berdoa harap takde ape yang berlaku..Akhirnya sampai di Serdang cepat2 aku keluar dari tren dan duduk dibangku..disitulah aku muntah..tapi air je yang kuar..then aku minum air , sapu minyak angin dan berehat seketika..nak balik rumah jauh gak..hari pun dah lewat..nak tunggu sampai kul berapa..so aku gerak perlahan2..cam orang mabuk ngah jalan..dahla bawak 2beg..

Aku memang dah serik..kena makan dulu kalau nak kemana2..pagi tu aku sarapan durian je.ahaha..nasi tak makan.tengahari makan roti je ngan air kosong masa lam bas.tapi takde lak perut aku lapar..biasa je.Len kali kena makan..xnak lagi mogok.huhu

Dah selamat sampai umah..aku terus pegi mandi, kepala pun dah sakit..dah siap mandi tidola.



ps: Sekarang pun badan masih lemau..
T__T



Thursday, July 9, 2009

Foreigner

Semalam sampai umah kul12..Lepas makan kat kedai Maulana SBI tu, baru balik.Lapar ohh tak makan..Makan malam kul1130, patut ke?eheh..

Nasib baikla ada orang yang tolong hantarkan dekat block kitorang.So jalan tak jauh sangat.2 hari lepas, akak opis yang hantar..masa dia nak balik tu ada la satu buah kereta.Dalam tu ada 4org lelaki asing.Honnye kereta kat akak ni dan lambai2.Risau gak takut follow plak.Akak ni bawak la lelaju langgar je bumper yang beriban kat area umah aku tu..huhu

Pastu semalam benda sama gak berlaku kat aku dan Ida.Masa jalan2 nak sampai block ada honn kat kitorang.Tapi masa tu aku dah lupa cerita semalam tu.So, buat bodoh je la.Sekali si Ida ni cakap..."Sha, ada orang honn..ingat tak yang kak Naim?......"

Aku pe lagi cabuttt la.ahahahaha..Sempuk aku lari naik tangga ngan beg lappy lagi.huhu..Lawak pun ada.Memang takut oii..laju giler jangtung berdegup..Rasa cam ada orang nak tarik je kat belakang, nak capai2 je.Eee..bahaya la..

So, pada kawan2 aku yang selalu balik jalan kaki lewat malam dari opis,..hati-hatila.Jangan balik sorang2.Walaupun berteman hati2 jugak.Dorang laki2, kudrat nye bukan sama perempuan.Bila nafsu beraja???..pikir2kanlah..safety first.


ps: Tapi malam ni aku balik lewat lagi..hope nothing happen..amin


Wednesday, July 8, 2009

IT JOKE

Project Manager is a Person who thinks nine women can deliver a baby in One month.

Developer is a Person who thinks it will take 18 months to deliver a Baby.

Onsite Coordinator is one who thinks single woman can deliver nine babies in one month.

Client is the one who doesn't know why he wants a baby.

Marketing Manager is a person who thinks he can deliver a baby even if no man and woman are available.

Resource Optimization Team thinks they don't need a man or woman; they'll produce a child with zero resources.

Documentation Team thinks they don't care whether the child is delivered, they'll just document 9 months.

Quality Auditor is the person who is never happy with the PROCESS to produce a baby.

Tester is a person who always tells his wife that this is not the Right baby.



ps : Hilangkan stress anda
>__<


Aku masih di Kantor

Lagi2 gambar Trip..ehehe

Kini aku masih di kantor menunggu orang yang tak kunjung tiba untuk teruskan Misi aku.huhu. Kul berapa lah mau balik ni.Adoii..janganler lewat-lewat sangat.Dahler naik bas.Jalan kaki dari KTM serdang ke rumah flat.Jauhh tu..Keselamatan aku macamana??Takde insurans ni.huhu Teruskan testing yang masih lagi banyak problem.Tunggu sehingga hari jumaat - due date..uwaa.Kalo tidak???Erkk..


BeeZee

Dah 3 hari aku tak update belog.Malas, penat, serabut bagai lah..
Belog korang pun aku jarang dah jenguk.Rinduuuu..siyess ni.
Korang rindu aku tak??kuikui..
Perasann ohh.. ;p

Minggu ni memang bz sket, balik keje pun lewat.Penatnye.
Nak tido je kat opis ni, senang.huhu.
Makan pun tak menentu.
Lapar oohh..
Tension ngan masalah....lagi la.huhu..



p/s: Kerja lah kamu sebelum kamu dikerjakan.hehe
"__"

Sunday, July 5, 2009

Trip to Genting Part 2

Tugu Negara..hahaha

Ohh..umi peluk teddy saya..

Teddy..sukenyer.

Ashraf kepenatan..huhu

Mr.Imtiaz

Keciknyer dunia..jumpe instructor JAVA..Mr.Nadeem

Gorilla ngah dance kat belakang tu.

Sasya lagi

Roh cam tertinggal kat bawah naik space shoot ni..huhu

Tunggu dak2 lain main r.coaster..aku pun berposing ler. ;p

Sebelum pegi outdoor..


Jejaka idaman Malaya..haha


Trip to Genting - 040709

C-Lah & Sasya love kaki Teddy.ahahaha

Bergambar ngan Optimus Prime :)
Jangan gossip yer..bahaya..aku suka coz pic candid..cantik

Muka keletihan.
Boating paling best.
Pas main GoKart makan eskrem.ikram banje.

Staff Encoral.."Developer"

Umi & the geng main buai..aku tak main takut pening.huhu

Aizal & isteri & kenkawang

Penakut..hampehh :P

Bas LONDON mari.

p/s: Banyak lagi pic ni..will be continued..ehehehe


Thursday, July 2, 2009

Megan Fox is a man??

Adakah aku ketinggalan dengan sumber yang mengatakan megan fox aka mikaela lelaki??

She's a MAN!!
Korang dah tau ke??Damn is that true?????btw, so hot…hot man…hehehe

Tapi still aku rasa tu suma rumours.Bila tengok gambar dia ada halkum cam lelaki.Pompuan takde halkum kan.kuikui..kelakar lak..duhh aku rasa cam dah tertipu rupanya selama ni yang aku puji2 hot rupanya transgender..wakakkak.


Megan Fox

LOS ANGELES, CA – The internet has been abuzz since this Sunday’s Golden Globes ceremony, where Megan Fox jokingly remarked that she looked like a man.

When interviewed on the red carpet, she said “I look like Alan Alda in drag. I’m a tranny. I’m a man.”

At the time, reporters passed it off as a jovial attempt to cover for her nerves.

However, today she has cleared the air and officially reported: she’s really a man.

Megan Fox was born Mitchell Reed Fox in Rockwood, Tennessee. From an early age, Mitchell showed an interest in both performing and women’s clothing. When having a preacher lay hands on him did not ‘cure’ him of these interests, his parents simply put him on the pageant circuit.

By the age of 13, Mitchell had already started a career as a female child performer called ‘Megan Fox’. Making her debut on an Olsen Twins straight-to-video release, the twins have kept his secret all this time.

As a sweet 16 present, Fox’s parents offered him sexual reassignment surgery, which, given their child’s career, they’d hoped to write off as a business expense. Unfortunately laws prohibit such surgery to be done to minors.

Since then Megan has been working non-stop, and been included on many Hottest Women lists in publications around the world.

Megan, as she goes by now exclusively, also noted this Sunday how much she wants Salma Hayek’s figure. She has even scheduled surgery later this month to get it. After the two met in New York this week, Hayek offered to have a cast made of her bust so doctors can match them exactly on Megan Fox’s chest.

The internet is already speculating whether this news will be worked into the plot of the upcoming Transformers sequel. “

It’s such a disastrous story for the guys. Seriously, you remember this scene at Transformers? I rememberred it well. The guys’ reaction are all with the BIG “WAH” on their face and almost drooling saliva.

p/s : Tapi betul ke?Masih tak percaya.hahaha

Alamanda

Semalam lepas balik keje terus ke Alamanda.Teman opismate aku g jenjalan.eheheh.Bayar bil maxis lah.Korang rasa aku shopping mopping tak.haha.Ratu shopping kan, tak sah klu aku tak shopping.hehe..Takdela, aku tak beli pape pun.Amik duit makan je kat foodcourt tu.Kalo korang nak tau semalam tu r kali pertama dalam hidup aku, aku jejak kat Alamanda tu.hahah.Lawak kan.Dah lama duk sini, semalam baru pegi.Cam best r jugak..tempat yang romantik sesuai nak berdating.ngee.
Tajuk story Alamanda, pic hujan..hehe.Balance2..;p

So, balik pun lewat la jugak.Sampai umah kul9lebih..Penat lor..Balik terus mandi.Then kawan call ajak jumpa, minum2.Aku pun tak tolak la.Coz dah lama tak jumpa dia.Pas minum2 kat Syed Bistro terus je balik umah.Ngantuk campur penat.Terbukang aku tido sampai 0720 tadi.ahaha..Agak lewat untuk pergi kerja..

Hujan lebat bestt oo tido..Tadi aku redah je hujan ngan bangla2 yang berebut naik bas tadi..Erkk..bau yang kurang menyenangkan menusuk hidungku.Erm okla..selamat berjuang untuk yang bekerja.hehehe.Have a nice day.. :)


p/s: Hujan2 best tido ohhh..hehehe


Wednesday, July 1, 2009

Musim Jacko

Seorang genius muzik yang tiada pengganti, kehilangannya dirasai oleh peminat Jacko diseluruh dunia.

Sama2 kita sedekah al-fatihah utk Jacko dan umat islam lain yg telah meninggal dunia..Ingatlah,sesaat yg lalu itu adalah benda yang paling jauh dalam hidup kita kerana kita tak dapat pergi ke masa yang lalu & mati itu adalah benda yang paling dekat dengan kita..kerana bila2 masa malaikat akan mencabut nyawa kita.


Heal The World

Lagu ini adalah lagu yang aku nyanyikan bersama team Kuayer (sori kalo salah eja)hehe..
Masa tu darjah 6Mawar.

There's A Place In
Your Heart
And I Know That It Is Love
And This Place Could
Be Much
Brighter Than Tomorrow
And If You Really Try
You'll Find There's No Need
To Cry
In This Place You'll Feel
There's No Hurt Or Sorrow

There Are Ways
To Get There
If You Care Enough
For The Living
Make A Little Space
Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

If You Want To Know Why
There's A Love That
Cannot Lie
Love Is Strong
It Only Cares For
Joyful Giving
If We Try
We Shall See
In This Bliss
We Cannot Feel
Fear Or Dread
We Stop Existing And
Start Living

Then It Feels That Always
Love's Enough For
Us Growing
So Make A Better World
Make A Better World...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

And The Dream We Were
Conceived In
Will Reveal A Joyful Face
And The World We
Once Believed In
Will Shine Again In Grace
Then Why Do We Keep
Strangling Life
Wound This Earth
Crucify Its Soul
Though It's Plain To See
This World Is Heavenly
Be God's Glow

We Could Fly So High
Let Our Spirits Never Die
In My Heart
I Feel You Are All
My Brothers
Create A World With
No Fear
Together We'll Cry
Happy Tears
See The Nations Turn
Their Swords
Into Plowshares

We Could Really Get There
If You Cared Enough
For The Living
Make A Little Space
To Make A Better Place...

(Start dari rangkap ni je yang aku ingat sampai sekarang dari darjah 6 dulu)

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me

Azymemyza giv me this..


Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

*Thanx to amyza..giv me this award*


Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:
  • Dia sangat Sweet & Cute
  • Dia mempunyai senyuman yang manis - siyes cair :)
  • Dia sudah berpunya..betul kan..kan?hehe
  • Dia lahir pada 26/08/87 - hehe..tgk kat belog die
  • Dia berasal dari Melaka - fakta jugak nih..hihi

Setiap blogger mesti menyatakan 5 fakta & 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:

5 Fakta :

* dressing up.
* going out.
* spending time with the people i love.
* laughing
* fashion.

5 Hobi :

* dancing.
* music.
* shopping
* makeup.
* photography.


tagged people u want :
sape2 je can take dis award