Sunday, August 30, 2009

Terasa cam budak2


Hohoho..surprise!!.Inilah rambut baru Missscha. Cam budak2 plak. Haishh, buruk je kan?? Hurm, pe pendapat korang?Ok tak?Eee, tak suka la..huhuk. Balik rumah je, kakak cakap cam budak2 je, kenapa tak buat curl jew.huh.. ingat nak puji tapi down kan Missscha pulak..huhu

Thursday, August 27, 2009

UP

Last nite adalah ladies nite..hehe..Yeke? Fendi ajak Missscha pegi tengok Movie. Dah 2hari lepas kot planing memang nak pegi malam rabu. Murah sket katanya..Fendi is my friend okeh :)

So first impression dari Missscha masa dia cakap nak tengok movie UP ni, actually Missscha macam nak taknak je pegi. (Sorry to fendi)hehe. Yela, Missscha kureng sket kot citer canggini.huhu. Missscha suka horror and thriller movie je.

Missscha pun ok jela dulu. Bantai saje la. Rupenye semalam Fendi tunggu Missscha text dia dulu, nak pegi ke tak for double confirmation la orang ckap.hehe..coz Missscha diam je lepas hari dia call tu. Tengahri semalam memang nak text tapi lupe lak alih2 meeting sampai petang.huhu.



Then, Fendi pickup Missscha around 9pm. Sampai Mid Valley 0930pm. Tiket pukul 10pm. Masa nak beli tiket tu, tengok semua citer cam tak best jer..harap ada Final Destination.huh.. ghupenyer tak kuar lagi.hoho..ohh tengok jela movie cartoon pun cartoon lah. (sorry Fendi)..hehe

Movie sudah bermula, Missscha mula makan Pop Corn sampai tak berhenti.. Starting cerita agak kelakar tapi tak buat Missscha ketawa sangat cam terpaksa je.ahaha..(takdela Fendi gurau je).. Kelakar la jugak tapi cam mood tu dok mai lagi.hoho..

Agak tidak faham masa Elly dan nama ape ek pelakon utama citer tu, lupe da, ohhh Mr.Fredickson(Ye kot eja cam ni)hihi..

Bila masuk je bab pengembaraan diorang ni, sangatlah best.hohoho.. Memang suka habiss lah orang cakap. Sakit perut Missscha suka. Dari tak suka cam cuak je mula2 tu, jadi suka giler kat cerita ni.Macam nak tengok lagi then beli je cd.Kalau tengok ngan anak2 buah kat rumah mesti best.Cerita adalah untuk semua lapisan masyarakat.hehe

Kalo korang nak tau best ke tidak, suka sampai sakit perut ke tidak, tontonlah MOVIE UP malam ni ke..heh..;p Thanx to Fendi belanja semalam. Nanti i banje u untuk Movie Final Destination pulak yer. :)

ps: Pasni nak tengok lagi yang 3D punye..Mesti best.hehe :)
pss:
This was one of the funniest, most beautifully shot, intensely moving films I have seen.


Tuesday, August 25, 2009

Missscha nak potong rambut

Sempena raya yang akan datang Missscha nak potong rambut.hehe. Puasa baru empat hari dah pikir nak raya. Sebenarnya Mr.Izam yang inginkan rambut Missscha ni pendek. Tetiba je dia tu. I dunno la, nak buat rambut pendek camne. Tak penah2 pendek.huhu.

Katanya, masa tengok volleyball pasukan jepun, ada satu pasukan tu rambut pendek je cam potongan BOB hairstyle tapi tak sangatla.Entahla Missscha pun tak reti.Haissh, depa tu semua orang2 jepun mestila kiut miut..rambut ape pun semua cantik. Kita ni kalau silap potong, burukla jadik.Ahhaa..Tapi Missscha pun dah boring ngan rambut panjang ni.Nak jugak rasa gaya ala2 Katy Holmes kat bawah ni.hehe

Read the rest of this story


Comel kan dia ni.So cute..I liked it..huhu..Inilah gaya Bob Hairstyle


What happen to my BELOG??

Tiba-tiba Missscha naik hangin ngan Belog Missscha. Missscha tataulah samada, belog Missscha sorang atau korang pun sama. Tadi Missscha nak folo someone. Last-last Missscha tengok jadi cam kat bawah ni and its not liked before as usually how to follow blog.


Tadi nama lain dan foto takde. Kosong dan bukan dari profile kita. Arghhh, tensionnyer Missscha.Pe hal lak ngan belog ni. Susah plak nak add Picture baru. Missscha salah tukar pape ke?Ngah time2 camni blur plak, dah habis caro Missscha buat, godek2 sana sini.Masih tak jadi.

Betul2 geramla..Nape bukan pic dan nama dari profile blogger?KENAPA JADI MACAMNI??? Ke dah tukar plak??




Missscha membebel

Gambar sekadar hiasan.

Missscha non ado edio to update. Kenapa akhir2 ni rasa bosan. Semalam Missscha dah taip panjang2 satu n3. Tapi sebagai draft sajo..huhu.. i dunno y. Since my broadband kena bar..huhu..malas plak nak update. So, tunggu hujung bulan baru bayar, baru hidup jari jemari menaip dan post banyak2.hehe..iyo la tu Missscha.

Bercerita pasal opis, arini Missscha pindah tempat duduk. Dua orang programmer baru masuk. So tempat Missscha dulu tu ada PC, jadi diorang nak guna. I kena beralih arah la.hehe.Tempat baru best, tiada tekanan. :)

Hurm, nak cerita ape lagi yer? Now Missscha menghitung hari, nak balik kampung hujung minggu ni. Berbuka puasa ngan Mr.Izam and Famili Missscha. Love it. Lagi 3hari lambatnyer. Tak sabar plak nak jenguk V's kat umah. Rindu sesangat2. :)


ps: Hari ni nak masak pe yer? Missscha ngah gugel resipi masakan..hehe :)



Monday, August 24, 2009

Hari pertama Puasa

Hari ini adalah hari pertama bagi Missscha berpuasa di KL..hurm petang nanti nak makan pe? Nak masak pe kat rumah?Sahur pagi tadi lagi dah pikir nak masak pe dengan teman rumah.Rasa2 nak buat Tom Yam, coz segala barang mak nenek ade dah.So beli ayam je.hehe.

Tapi tekak ni plak rasa nak makan lauk2 yang dijual kat Bazaar je.hehe.Mana satu Missscha nak makan ni.Nak masak atau beli saje??

Puasa Ramadhan ngan puasa sunat Missscha rasa kelainan sikitlah.Sebelum ni puasa jugak, tapi takde ler lapar camni.Perut dah berbunyi ni.huhu. Dugaan puasa Ramadhan lagi kuat dari hari2 biasa.Dalam kepala teringat lauk2, kuih2, kat bazaar je.hehe.Ape daa Missscha ni.Buat malu dek budak2 jew.heh


ps: Tak sabar menunggu balik kerja nak serang bazaar Ramdhan depan MOF ni.haha..Jom kepada sesape yang nak ikut :)


Friday, August 21, 2009

Welldone Missscha!!

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Missscha.haha..Gilew ke ape ucap tahniah kat diri sendiri.Ahaha.Alaa, bila lagi..asyik kita je ucap tahniah kat orang.Diri sendiri tak penah pun.hehe

Missscha dah berjaya menyelesaikan satu masalah yang dilanda Missscha sendiri.Bukan masalah besar pun.hehe.Ingat tak yang Missscha tanya camne nak buat spoiler???

Naa..ini dia...

Read the rest of this story



senang je kan???? ;) poyo's gilew..

Missscha satlekan diri sendiri je.Missscha cari kat blog Aduka . Dulu pun Missscha belajar kat Tutorial dia tapi tak paham.Ntah kenapa baru sekarang baru jadik. Dulu tak bersungguh2 agaknya.hehe..

Sambil baca entri Aduka yang latest nyer tentang "Aku sayang Tok Wan"..mengalir juga air mata Missscha ni. Haisshh, Missscha ni kenkawan memang cepat tersentuh..am very sensitip u know..dan bukan dibuat2..kena marah cket pun dah bergenang air mata ni.haha.

Motipnyew jangan marah gw.hahaha. ;P


Bersyukur

Pagi-pagi dengan bersemangatnya Missscha nak pegi keje.Pukul6 Missscha dah bangun. Bersiap kuar rumah kul7 nak kejar bas awal, coz arini Missscha pegang kunci Opis. Semalam balik lewat.So, Missscha kena pegang kunci.

Dengan rasminya Missscha pakai 'MASK' arini.hehe.Lemas seketika.huhu.Missscha beli Mask ngan staff MOF ni.Ada jual kat kelab diorang.Missscha beli 5.Satu harganya RM1.20. Aritu Missscha ade jugak usha2 kat 7E tapi dah kehabisan stok.

Dah lama Missscha tak naik bas.Akhir2 ni Missscha tumpang ngan opismate dah pegi keje. So takde la nak pakai Mask.hehe.Tapi Missscha beli banyak2 ni nanti nak balik kampung naik bas jugak.So, bersedia awal2.

Sampai opis sorang dah tunggu kat kerusi, menanti pintu dibuka. Missscha cepat2 bukakan pintu. Takut terlewat.Tapi sharp la sampai opis.Kul8 dah sampai.Tadi sangatlah jem jalan. Ngan xcident lah.

Firstly, bila sampai kat meja Missscha, Missscha akan buka fon dulu. Kut2 ada mesej. Kalau naik bas Missscha tak pegang hp kat tangan.Missscha akan simpan dalam beg. Missscha tercari2 hp.Semua barang, sampah sarap dalam beg lappy Missscha keluarkan. Jantung dahdupdapdupdap

Missscha nak sedapkan hati cari jugak sampai Missscha terduduk dan menangis. Missscha betul2 lemah semangat. Hp la nyawa Missscha. Kalaulah hilang, mana nak cari???Nak beli no la nak beli hp baru lagi lah. Dahler hp Missscha guna ni pun Hp si Dia. Kena marah ler nanti.

Last2, si Arip masuk opis, Missscha pun bagitaula kat dia. Ngan air mata mengalir keluar, sebak pun ada. Haissh, buat malu je Missscha ni kan.hehe.Missscha mintak dia callMissscha. Then, adala sorang hamba Allah yang baik hati ni angkat fon Missscha. Dia simpan hp Missscha dan tunggu depan Pejabat Peguam Negara kat Putrajaya ni.

Bersyukur sangat2 Missscha dapat jumpa balik hp tu. Kenapalah cuai sangat Missscha ni yer. Mungkin masa dalam bas tadi Missscha tercari2 Pas keje.Tak sedar plak jatuh.


Thursday, August 20, 2009

Siapa2 tau buat spoiler?

Disini ada pengumuman penting yer!!heehe..Missscha nak mintak tolong korang la. Sape yang tau buat SPOILER??

Mintak perhatian yer.. ni bukan SPOILER kereta.hehe..Kalau salah eja maafkan Missscha yer. Sebenarnya SPOILER dalam entri ni. How to do that?? Please teach me.. Sape2 yang ta'tau , spoiler ni untuk entri yang panjang, so kita boleh pendekkan dan letak bawah mana2 perenggang.(Macam banyak G je)hehe..

Read the rest of this story>>

Konon cam kat atas nila..hehe..Tu tengok yang ST (Bro KACAK) nyer..heheh. Sorry ya bro.. gw mintak dijadikan contoh saje.hehe.Tapi nama blog u gw promote jua kat sini.hehe

Tapi semua belogger ada.. saje je bagi contoh cam ST tu.Hurm... kadang2 Missschanyer entri panjang.. nahh ko berjeler2 kata orangg ganu.heh.. So sape yang tau camne nak buat, bagitau la yerk. Missscha ade tengok tutorial seseorang tapi takleh katchup ler, jadi peseng lain pulak..haha

Saya budak baru belajar.Tolong ajarkan :)


Merapu merapik pepagi

Missscha got flu la. Alohai..tensyennyer..jangan H1N1 sudaa..hehe.. Takde lah. Mintak2 dijauhkan dari semuanya tu.Aminn.. Kebiasaan pepagi ni, kalau sejuk sangat Missscha akan bersin dan menjadi selsema tapi tak berlarutan..

Missscha pepagi dah cakap pasal Flu pe hal..hehe..nga' do idio le kenkawan. Semalam tak dapat online.. Shitttuih ler Missscha nyer broadband, dah kena potong agaknyer.hehe.. 2 bulan tak bayar..wakakak.. Kat opis lak YM kena block. So segala ape yang ade kat chatbox tu Missscha takleh nengok ler.Hurm..Tu ler pasai hutang orang tak berbayar..hoho

Petang ni Missscha ade Meeting ngan User. Risau plak.Ntah Missscha kena ikut sama ke tidak ni. Tapi biasa pergi je.Haihh, risau badan.. maunyer keluar error lagi, mati kena bamboo lagik di User.Dato', Dr pun ado nih.huhu.Wish my team luck.hehe

Adios fwen.Koje rajingg2 yerk!!


Wednesday, August 19, 2009

Bila tiba masanya

Sambungan Puasa dan Raya..

Bila sampai masanya, ape lagi Missscha dan dia pegi shopping sakan la, 2 3 hari sebelum raya tu. Berturut2 3 hari kitorang pegi shopping.hee. Shopping kat mana??Kuantan je. Mana lagi kalau tak ke sana. Nak pilih baju Missscha berejam. Baju dia lagi la.haha.Kalau baju raya, mostly Missscha akan tanya dia je. Kalau dia malas sangat, Missscha pilih mana yang berkenan then dia akan choose. :)

Tak sempat hari ni, keesokannya plak. Habis round dah kat Kuantan tu. Penat kaki ni berjalan ke sana ke mari. Haisshh, Terawih pun leh tinggal.hehe..Tahun lepas masa pegi shopping memang kelakar la. Missscha "Bendera Merah".. So, dahaga la sesangat. Leh selamber je minum air depan dia.Ahaha..jahatnyer Missscha.Saje nak test power.Kot2 mana tau leh tergugat iman dia.hehe

Bila dah petang, survey tempat nak berbuka puasa. Missscha yang tak puasa time tu lebih2 lak dari dia.heee. So, stop ler dulu shopping. Order segala makanan nak berbuka puasa, kitorang pegi bazar cari kueh2 plak.Haissh, teruk sungguh nafsu makan bulan puasa ni, semua nak makan.huhu..Itulah, kita kena selalu beringat kan.Makan takdela sampai nak membazir. Beli banyak2 pastu tak habis dimakan.Buang camtu je.

Lihat hadith dibawah ;

Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu'jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar.

Di dalam hadis daripada Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah.

Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w."

Tapi pe yang Missscha nak bagitau bukan nak kita makan buah tamar je time berbuka tu. Tapi berpada2 dan janganlah membazir. Kalau yang biasa masak lebih pun, mesti simpan untuk sahurnya plak kan. Samala umah Missscha pun camtu gak.

Berbalik pada cerita Missscha tadi. Kebiasaan selepas berbuka puasa, Missscha dan dia akan pegi sambung shopping..hehe. Pegi dekat tapak2 expo plak. Awal2 sebelum tu mestila kat shopping complex kan. Bila dah lewat, tapak expo jela yang buka.

Balik rumah penat jenjalan..sok nya sambung lagi.hehe.. Tahun ni macam mana plak yer.Rasa cam nak pegi Kuala Terengganu je.Shopping kat sana.Boley?hee

Okla, Missscha dah ngantuk gile ni. Nak rehatkan minda jap.ahah..Malas plak arini nak bercerita..cam takde idea je.GTG now..daa


Tuesday, August 18, 2009

Puasa Sunat dalam bulan Sya'ban

Sebenarnya Missscha confused dengan keadaan Missscha sekarang. Bolehkah seseorang itu berpuasa sunat sepanjang bulan sya'ban tanpa mengira hari (selain hari isnin & khamis), kecuali sehari sebelum ramadhan sebagai menghormati kelebihan puasa sebulan di bulan ramadhan? So, Missscha ada sedikit buat research la tadi.Sebab hari ni Missscha berpuasa sunat. Ingin kepastian sahaja.

Ustaz Hanif,

Sememangnya kita dianjurkan untuk memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban lebih dari yang biasa.

Lihat hadith di bawah


Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi s.a.w tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban, dan baginda s.a.w telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda s.a.w bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib)kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda s.a.w apabila mendirikan sembahyang maka baginda s.a.w sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, bolehlah berpuasa pada hari-hari selain Isnin dan Khamis kecuali pada sehari sebelum masuk Ramadhan i.e 29 atau 30 Syaaban untuk mengelakkan kekeliruan kerana bercampur aduk kiraan puasa sunat dan wajib. Rasulullah s.a.w bersabda

"Jangan kamu semua mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, melainkan bagi seorang lelaki yang ia sentiasa dengan berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ulama berkhilaf tentang meneruskan puasa setelah Nisfu Syaaban. Tapi khilaf ini pada sudut lebih baik atau tidak, bukan soal haram atau tidak.

Yang masyhur ialah boleh meneruskan puasa setelah Nisfu Syaaban bagi mereka yang memang telah biasa mengamalkan puasa-puasa sunat sebelumnya dan makruh bagi yang tidak. Namun pendapat yang lebih kuat ialah boleh meneruskan puasa bagi sesiapa sahaja, samada yang biasa berpuasa sunat atau tidak kerana berdasarkan pada keumuman hadith mengenai Rasulullah s.a.w memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban.

Wallahu a`alam.


*****



AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :


BULAN MUHARRAM
Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya


BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.


REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.



BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.



BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya



BULAN SYAWAL

Amalan sunat di bulan Syawal :
Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
e) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.


Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."




BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.



BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.


ps: Terungkai sudah kekeliruan Missscha.


Puasa dan Raya

Hari makin dekat, lagi 3hari kita akan berpuasa.InsyaAllah. Tak sabar rasanya menunggu ketibaan Ramadhan. Korang camne?dan Xcited juga Missscha nak beraya, puasa pun belum lagi dah pikir soal raya.hehe..Tapi apa2 pun Puasa lebih penting, ia mendekatkan lagi kita dengan yang Maha esa. Beribadatlah secukup2nya..tapi tak semestinya di bulan puasa baru kita nak beribadat..

Okla semua tu kita dah tahu kan..apa yang patut dan tidak.Bercerita dibulan Puasa ni memangla best..nak2 klu dah disaat 2 3 hari lagi nak raya.macam2 persiapan yang dibuat.best sangat2 kan.Kalau macam Missscha ni, kakak2 semua duk jauh2.So, persiapan kat rumah tu Missscha sorangla yang sediakan.Missscha kan anak bongsu.Mana ade sesape lagi kat rumah.Tinggal sorang anak gadis ni je.

Tapi Missscha sangat sedih coz bila bulan puasa ni, Missscha dahla jauh ngan Mak Ayah. So kat rumah Mak n Ayah je yang ada. Apa yang mak masak ek kat rumah.Tinggal diorang berdua je. Kalau dulu2, Missscha akan masak sama2 ngan Mak.

Hurm,..ayah Missscha akan tau pe yang Missscha suka pada bulan puasa. Selalu dia akan pegi kedai dan akan beli Rojak ayam.Kalau kat sini dipanggil 'Pasembor'..Tapi Pasembor kat sini tak best.Ahha..sorry yer.Missscha ni tekak terengganu.tak lari dari makanan di negeri sendiri. Kat sana ada ayam dan kuah lagi sedap.Untuk anak bongsu dia ni ayah selalu beli.hehe. Tapi untuk ayah plak, Missscha masak sedap2.

Bercakap pasal nak raya...soalan cepu emas..kebiasaan yang akan ditanya.Tapi dulu2 jugakla.Skang buat endah tak endah da..

"Baju raya dah tempah ke?"

"Dah..2pasang"

"Ko, brapa pasang?"

"Kuih raya beli ke buat?"

"Baju raya kaler pe?"

Inilah soalan yang selalu ditanya. Missscha biasanya tiap-tiap tahun tak bekesempatan untuk menempah baju raya. Selalu je beli yang dah siap.Start dari belajar kat IPT lagi. Takde masa, tak sempat. Macam skang pun sama la.Tatau nak tempah mana kat sini.

Tahun ni Missscha nyer kaler ngan cik Abg Missscha adalah kuning. Tak pernah Missscha pakai baju kaler kuning. Camno ek nanti.hehe. Sedondon la nanti.hihi.Baju adalah kebaya nyonya.Haissh tak sabar rasanya nak pergi shopping.Puasa pun tak lagi dah buat wishlist pe yang patut.hee

Kuih raya pun Missscha dah tempah kat kawan Misssha.Dia ni chef.Sebleum ni kan Misssha pernah buat kek kat kedai die.Kalau korang yang tak terlepas baca dari entri sebelum2 ni mesti korang tau.

Pandai dia buat biskut.best sangat.Kalah Missscha duk dapur.Nama pun chef kan..hehe. Missscha tempah kat dia 4 tabung sahaja..setiap jenis. Banyak2 ta habis plak.nanti nak beli kerepek lagi. Tu yang wajib. Kalau kat umah mesti ada 'Tapai, Lemang yang dibuat special oleh Mak Missscha,..

Lemang Mak Missscha sangatla best.Kebiasaan orang kampung akan tempah ngan Mak. Tapi skang Mak dah tak berapa sihat.So, kitorang beli dan tempah kat Mak sedara lak. Dua beradik ni memang Lemang turun temurun. rasa2nya Missscha perlu belajar semua tu dari Mak Missscha.

Haishh, tak sedar plak..panjang lak entri pepagi nih..hehe..dah terlebey sudaa.

Tapi memang sedihla, puasa ni Missscha tak balik puasa kat umah.Cuma last puasa dalam 2 3 hari nak raya baru balik kampung dan sempat jugak berbuka ngan Ayah dan Mak.Tiket Missscha dah usha nak balik kampung.Tapi dah habis.huhu..

Yang Missscha nak gelak..Si Dia tu tanya..

"Sempat ke nak shopping 2 3 hari?"hahaha..Dia plak yang xcited nak shopping. Kita ni lagila runsing. Umah nak kena bersih. Hurm sempatla tu ek..Oklah, stop sini dulu, kalau nak cerita pasal bab raya dan puasa ni memang tak habis..hehe

Tunggu di lain entri plak yer..ada sambungannya lagi...Missscha nak sambung kerja Missscha. Biasala pepagi ni kena fresh kan otak dulu ngan ayat2 cinta. Missscha kan buat testscript.. Sooo??hehe..byebye belogger..sayang u semua.. :)


ps : Maaf klu ada tersalah ejaan ke ape..sekali post saja..takde dah nak baca n edit.Selalunyer ade je ejaan tak betul.hehe..sori :)



Monday, August 17, 2009

Menjelang Ketibaan Ramadhan

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan, insyaAllah. Bulan Sya’ban akan berlalu meninggalkan kita manakala Ramadhan akan bersama kita.

“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Sya’ban ini, juga bulan Rejab yang lalu, dan panjangkan umur kami untuk berjumpa dengan bulan suci-Mu.” Amin.

Apabila bulan mulia ini datang, ada bebarapa jenis jiwa manusia akan kita lihat. Ada satu golongan yang amat merasa susah hati apabila kedatangan bulan puasa ini. Banyak perkara yang bermain di dalam fikiran: lapar, letih, penat dan bermacam-macam lagi. Mereka merasakan bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan azab dan seksaan terutama untuk menahan rasa lapar dan dahaga.

Golongan yang lain pula merasa seronok bila menunggu ketibaan bulan puasa, bukan apa kalau berniaga amat menguntungkan terutama di pasar Ramadhan. Keuntungannya berlipat kali ganda. Ada juga orang yang seronok bila hadirnya bulan Ramadhan apabila pelbagai jenis kuih-muih tersedia untuk dibeli untuk memenuhi tuntutan selera makan yang membuak-buak di dalam hati.

Sya’ban semakin merayap, Ramadhan kian dekat. “Ya Allah panjangkan umur kami sehingga berjumpa Ramadhan.” Allahumma aamiin.


Semoga kita akan mendapat keuntungan merebut pahala di bulan Ramadhan, bukan termasuk di dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah “Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga.”

Sumber: Blog Isma Perak


ps: Hati ini terasa sangat gembira, tak sabar menuggu ketibaan Ramadhan, namun hati juga merasa sedih kerana berada diperantauan, jauh dari keluarga dan orang tersayang.


Sunday, August 16, 2009

Gotcha!!

Semalam hari yang membosankan..Lepas Missscha selesaikan kerja, Missscha pegi lepak2 rumah ckin.Pegi rumah dia pun coz nak basuh baju.Ahha..Missscha sangatla pemalas.Terlalu banyak baju nak dibasuh.So, Missscha pegi sana..Machine kan ada, guna la.hehe

Sementara menunggu kain siap dibasuh Missscha godek2 tenet nih, ingat nak tengok movie online tetapi semua citer lembab cam siput bagai. Missscha malas. So, Missscha tunjuk kat kawan Missscha video "PAPER BAG CURLT TUTORIAL"...Exited giler kawan Misssha nih.So, pe lagi paper bag takde kertas pun jadi.Tapi nak buat tu kena lipat tebal sket la.Kasi tahan sket kertas tu.ahhaa..


So, gurls check dis out!



Missscha balik rumah lepas mandi, Missscha terus buat rambut from kertas A4.hehe..Gotcha!!

Cam sarang tebuan je Missscha nye curly.ahaha..



Friday, August 14, 2009

So sweet like tweet tweet


Sooo sweet. I love youuu..hee. Jangan la SPAM Missscha plak. Sekali sekala nak menggedikkan diri Missscha. hehe.. Semalam Missscha tengok 2 movie satu malam saje..

First - The Last Resort.Best jugak citer ni cam citer rasukan hantu jugakla.2nd movie - My Bloody Valentine.waaa manyak takut ooo.. Bunuh sana sini..Ngeri.. 2nd movie tak sempat habis.. separuh je tengok.Missscha dah ngantuk. Tapi semalam sebelum 12 da tido. Krosh..kroshh

Truttt..Trutt..1 message received from my Boo!!


Tapi sebelum tu Missscha dah mesej ngan dia..mesej ni yang Missscha rasa cute sesangat.eheh

"Tak windu VIVA Forever ke?hee"

"Ofkos la s windu syg..windu kat a gk"


"Sha tak bagi nama kat keter sha tu?"


Ahahaha..so sweett lor.. Missscha pun tak terpikir nak bagi nama kat keter Missscha tu. Am not have any idea to giv da name. So Missscha suh ler dia je yang berikan nama. First name yang dia bagi memang saje nak bagi Missscha gelak. My Plate number is CCL ****.. So CCL tu dia jadikan CENCALOK..KahKahKah..gelak sesorang Missscha.ahaha

Macam2 nama lak dia bagi..tapi satu idea pun Missscha tak kuar..ngah blurr..but dari nama dia bagi kat Missscha tu..am "Ejass" la sket2..hehe. Liked "CunVi, v's, v'5"...Missscha tatau pe maksud.. tapi semua Missscha tak berkenan.

Then My Boo giv me the name again..'VeE'..hurm boleh diterima pakai jugak(cam nama Vanidah Imran laks).. Tapi Missscha nak jugak letak nama Missscha..tak pun ada S kat mana2.ahah..


So Missscha suggest la "VEE'S"..Ok tak kenkawan?..hehe


ps: Suka ngan nickname FB..ehehe