Wednesday, January 14, 2009

Bengang!!

Kringgggg!!!..Alarm hp ku berbunyi, jam menunjukkan 0600am..malasnyer nak bangun..Why am wake up early, today?? Semalam, gigi aku sakit.So, arini dengan semangat aku nak ke Hospital Serdang nak buang gg yang sakit tu..

0630am aku jaga dari tido..hehe.Liatnye setiap pagi nak bangun tido..Housemate aku hairan kenapa arini aku bangun awal..Selepas selesai mandi, aku memakai baju dan tanpa secalit make up dimuka..hihi, terus gerak ke bustop.Hari masih gelap dengan kabus yang agak tebal.Sejukk..Ramai kaum cina dikawasan flat aku sibuk berniaga..

0730am bus Metro 68 telah menunggu penumpang ke putrajaya.Tanpa berlengah aku terus menaiki bus metro di mana 2 hari lepas bus yang sama kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas diriku.Sial punye BANGLA.

Bus pun bergerak ke destinasi nya.Penumpang agak ramai.RM1.60 tambang bus ke Hospital Serdang..Sampai satu jejantas aku turun.Destinasiku sudah sampai..Hanya aku dak seorang makcik yang kelihatannya seperti orang asing (indonesia) turun bersamaku..

Makcik tadi dengan bergegas menuju ke pintu gerbang Hospital Serdang..Aku mengikutinya.Sampai satu tempat aku memanggil makcik tadi..

Aku : "Makcik, tumpang tanya..Kat mana klinik gigi?"

Makcik : "Mau ke mana?Adik nurse doktor disini ya??(Tidak menunjukkan muka semasa bercakap denganku)".

Aku : "Bukan..Saya nak cari klinik gigi.Nak cabut gigi".

Makcik : "Ooo..klinik gigi dekat belakang..Makcik baru 1 minggu kerja di sini..Cleaner saja, mau cari rezki..Bas susah, balik kerja malam, magrib solat disini..selepas itu baru pulang".

Aku : "Erm, xpelah cleaner pun kerja jugak..janji halal".

Makcik : "Ya halal"..

Aku : (Hairan..kenapa ngan makcik ni??mungkin die takut atau segan dengan ku)

Tanpa banyak cakap makcik tadi terus meninggalkan aku.

Aku berlalu keseorangan menuju ke pintu utama hospital lalu ternampak kaunter pertanyaan di satu sudut.Aku bertanyakan dimana klinik gigi.Aku dengan perasaan hampa berlalu pergi, menuju keluar dari hospital.....

Aku : Kat mana klinik gigi?

Nurse : Adik ade temujanji ke?

Aku : Xde..saya nak cabut gigi.

Nurse : Maaf dik, nak jumpa doktor gigi kena buat temujanji dulu. Adik kena pergi klinik lain dan buat temujanji kat sana. Sri Kembangan pun ade..

Aku : Ooo, yeke..Erm xpelah..

Datang seorang nurse lelaki yang agak tampan, bertanyakan kepada nurse tujuan aku kesitu. Lelaki tadi sangka aku hendak membuat Xrayy..

Eee..geramnye bukan kepalang.Dah la aku tak pergi keje hari ni..Ingatkan dapat MC la tadi. Gigi masih berdenyut..Sakitnyer.Apa yang aku tahu, hospital tempat aku tinggal, kemaman..xde pun camni..Nak cabut gigi terus boleh cabut kecuali tampal gigi yang perlu temujanji. Ape-ape pun aku terpaksa mengikut prosedur disini.Dah tempat orang lailah caranye..

Aku menuggu bus di tempat perhentian bus.Terdapat beberapa orang yang menunggu bus di situ..15 minit bus Metro 68 pun sampai..aku menuju ke KTM serdang..Sampai disana aku ke Poliklinik Sri Kembangan...

Dengan perasaan hampa aku berjalan melalui rumah teres yang berdekatan rumahku ke Poliklinik Sri Kembangan. Ia mengambil masa 15minit berjalan kaki.Adoii, penatnyer..Perut lapar.Aku tak sempat menjamah sesuatu dari rumah tadi..

Sesampai aku di poliklinik, mata ku mencari-cari dimana klinik pergigian.Ramai pesakit yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor.Aku ternamapak satu papan tanda yang menunjukkan klinik pergigian berada ditingkat atas.Aku pun menuju kesana.

Aku hampa lagi.Pendaftaran pergigian pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat sahaja..Alahai pe lah nasib aku.Macam ni lah keadaan kalau dah merantau..huhu.Dahla xde orang kesah..Sape lah aku ni kan..huhu

Arini rabu, sok khamis baru leh daftar.Aku dah putus asa nak cabut gigi.Aku terus pulang menuju ke rumah ku..huhu (kesian)..

Hatiku berbisik..Nak pergi keje ke tak??..Erm xbley arini aku kena pegi jugak..nanti pe boss dan yang len cakap.Aku ponteng keje lak, gigi xleh cabut pun.MC xde..Aku bersiap.....

Jam 1010am..Aku masih menuggu diperhentian bus..RapidKL datang dan aku terus naik..Selamat sampai ofis pada pukul 1100am..

Kecewa!!

No comments: