Friday, March 13, 2009

hati yang banyak cakap

Selepas siap buat keje aku pegi pasar, cepat-cepat aku kemas barang masuk lam beg.Sorang-sorang ke pasar putrajaya.Hari mendung tapi panas.

Sambil jalan mata aku pandang sekeliling, sebab bila sorang-sorang tak ada kawan nak berbual, aku akan memerhati keadaan sekeliling sambil berjalan menuju ke destinasi. Bila dah buat pemerhatian tu, ada je benda yang aku nak komen dalam hati.

"Ish apa kereta ni.. parking sampai terkeluar space. Bumper depan tu nak terkena divider dah.."

"Ishhhh kereta ni nak masuk simpang pulak!! Cepat la sikit... aku nak melintas ni!"

"Banyaknyer kreta bila nak habis ni.Erm hari jumaat, mestila banyak coz nak pegi ke Masjid Putrajaya solat jumaat.."

Ada je benda yang nak dirungutkan oleh Cik Hati aku ni. Sambil merungut tu, riak wajah dan lenggang-lenggok aku masih maintain cool.

Cuaca nampak mendung.Tapi panas sangat.Cardigan yang aku pakai terasa sangat2 bahangnya.Dahla kaler hitam.

Masuk pasar, ramainye wanita-wanita membeli belah.Cik Hati masih merungut lagi.

"Ishh, dak2 laki ni tak pegi solat jumaat ke?.."Abaikan..

Terus masuk ke kedai kain, tengok baju2 cantik semuanya.Aku tak tahu pe yang nak dibeli.Tapi my mind tercari2 baju kaler PINK..y?hehehe..biarlah rahsia..

Erm, tekak pulak dah rasa nak makan benda manis.Yeahh, aku nak makan apam balik.Ermm beshnyer.Tercari2 aku lam pasar tu.Lastly jumpe jugak apam balik aku..

Selepas tu, aku mencari air kegemaranku setiap kali pergi ke pasar.Asam Boi.Macam mengidam je kan.hee

Lepas tu Cik Hati dah tak tau nak kata apa dah. Dia tiba-tiba menyanyi lagu Masin Cinta - Kotak je.

4 comments:

farish izaryl @izreez said...

waaa nk apam gak hahahaa

Adam said...

oo ... kerja kat kementerian mana ni?

Scha Abdllh said...

rizz : nak??dah hbis..lmbat..hehe

Dakjaat : Ministry Of Financial as vendor jer.. ;)

lina said...

erk? i just blog hop n found an entry sound like the other blogger entry