Wednesday, April 15, 2009

Its over

Pengalaman membuatkan aku menjadi terus dewasa…dewasakah aku?hehehe.
Dewasakah aku dengan segala apa yg dah terjadi? Mampukah aku mengikhlaskan segala yang terjadi?

Hmmm..bukan mudah untuk kita menjadi insan yang mampu ikhlaskan segalanya..

Kalau bercakap tu memang la lebih mudah dari nk melakukan…kita seringkali berkata kita mampu untuk berdiri semula..kita mampu buang jauh segala cerita semalam tapi hakikatnya kita lemah kerana ianya terlalu perit dan pedih tatkala jauh di sudut hati yg dalam masih tersemat rasa kasih yg menyakitkan….adoiiii la hehehe…

Bukan tak pernah cuba lupa kan suma nie..tp tu la dia aihhhh… Lantas disetiap doa aku mohon agar dibawa jauh hatinyer dari hatiku.. Bermohon dan terus bermohon semoga ditemukan sinar di hujung penantian.

Terima kasih Atas penghinaan itu…

Cinta itu seumpama serangkai mutiara..Kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula..Tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi, walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun.

Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?


-tq so much-

No comments: