Thursday, April 23, 2009

Man U kecundang lagi??

Ohh, tidak Man U Mara lagi..Jam 0503am aku terima SMS dari sorang teman..
"Man U sha aloh 2-0... ;O" - dari penyokong "U never walk alone"
Haha.Terkejut gwe.Ingat betul2 kalah lagi.Rupanya menang.Uwaa, sudah bagus.Hahahaha gelakkan pasukan liverpool..


First Half Highlights



Goal





Pengendali Liverpool pilu melihat pasukan seri menentang Arsenal

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez akur Manchester United kini memiliki kelebihan untuk merangkul mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pilu menyaksikan barisan didiknya mencicirkan dua mata berharga di Anfield, awal pagi semalam.

Namun, United yang kini mempunyai dua perlawanan dalam tangan ke atas musuh ketat mereka dan mengandaikan tiada malapetaka besar berlaku, seharusnya mengesahkan gelaran liga domestik ketiga berturut-turut.

"Saya benar-benar kecewa kerana gawang kami terbolos empat gol," kata Benitez.

"Perkara positif adalah kami sudah menjaringkan empat gol, tetapi saya kecewa kami membuat banyak kesilapan.

"Kami berjuang bersungguh-sungguh dan kami akan meneruskan berbuat demikian. Ia seharusnya begini.

"Mereka (United) berada pada kedudukan terbaik dan jika mereka memenangi perlawanan dalam tangan dan ia kemudian menjadikan ia lebih sukar buat kami memenangi gelaran."

Dengan lima perlawanan dan baki 15 mata menjadi rebutan, Benitez enggan mengaku kalah kepada United dalam buruan EPL sambil menegaskan masih banyak perlu dilakukan barisan Alex Ferguson.


sumber : Bharian


p/s : Man U is a BIGGEST side in da World!!!! Go Reds Go!!!!



No comments: