Malam tadi aku terjaga dari tido...
Aku bermimpi housemateku yang terkena buatan orang.Muka jadi hodoh.Apabila aku sampai dirumah, aku melihat semua kawan2 ku mengalami kecederaan yang dikatakan buatan orang, dan rumahku itu ada satu makhlus halus yang telah mendudukinya.
Tiba2 aku rasa badan ku berat bagai dihempap, mataku tak dapat dibuka, aku menjadi lemah.Aku cuba melawan, dan akhirnya aku sedar.Selepas terjaga terus aku membaca ayat qursi, dan surah 3Qul..Alhamdulillah , selepas tu aku dapat tido lena.
Bangun pun lewat lagi 0730, baru bangun.hehe
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
2 comments:
adeyh trase lak bace ayat imam ibnu sirin tu.
hmm
atok : oso me..hurmm
Post a Comment