Saturday, June 20, 2009

Hidup Semanis Pahitan

Tidak bolehkah kita bertenang
seperti melihat ombak
merempuh pantai petang

Keriangan anak-anak berlari berkejaran
siang menjadi mimpi kerananya
hidup menjadi rawan

Tidak bolehkah kita beriang
sebebas burung berterbangan
mengagumi dalam riang
setiap pagi datang segarnya satu alam
hidup terasa subur
pengertian datang indah menyulam

Dalam derita dunia, berceritalah
selagi bulan belum dewasa dosa
kerana meratap paling-paling
sampai kita beriri hati pada yang berjaya
kerana kita ketinggalan cita

Dalam menjeruk rasa
tidak bolehkah kita
berlapang-lapang dada

Sekali datang lagu
tanda hayat ini penuh nyanyian
hidup sesuatu hikmah
yang memanis segala kepahitan.


Karya
Ciung Winara
Singapura.


4 comments:

Anonymous said...

Hidup
Menempuh pelbagai cabaran
Semata untuk mempastikan
Kita pejuang yang berjaya
Menempuh dan mengalami
Ertinya yang sebenar..

Hidup pelbagai
Definisi diberikan
Kepalsuan, kesusahan,
Kerakusan
Dan kebahagiaan
Namun satu yang dicari
Pengalaman yang tidak akan
Kembali..

Hidup
Akhirmu bukan dikubur
Namun bergantung kepada
Perjuanganmu
Nanti akan ditentukannya...


salam :)

Unknown said...

AsSalamualaikum wr wb. Ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi karya saya sebagai renungan sangat saya hargai. Salam hormat dan salam sastera.

Yang benar,
Ciung Winara
Singapura.

Unknown said...

AsSalamualaikum wr wb. Ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi karya saya sebagai renungan sangat saya hargai. Salam hormat dan salam sastera.

Yang benar,
Ciung Winara
Singapura.

Unknown said...

Indah puisimu.
Salam daripada saya.