Wednesday, August 19, 2009

Bila tiba masanya

Sambungan Puasa dan Raya..

Bila sampai masanya, ape lagi Missscha dan dia pegi shopping sakan la, 2 3 hari sebelum raya tu. Berturut2 3 hari kitorang pegi shopping.hee. Shopping kat mana??Kuantan je. Mana lagi kalau tak ke sana. Nak pilih baju Missscha berejam. Baju dia lagi la.haha.Kalau baju raya, mostly Missscha akan tanya dia je. Kalau dia malas sangat, Missscha pilih mana yang berkenan then dia akan choose. :)

Tak sempat hari ni, keesokannya plak. Habis round dah kat Kuantan tu. Penat kaki ni berjalan ke sana ke mari. Haisshh, Terawih pun leh tinggal.hehe..Tahun lepas masa pegi shopping memang kelakar la. Missscha "Bendera Merah".. So, dahaga la sesangat. Leh selamber je minum air depan dia.Ahaha..jahatnyer Missscha.Saje nak test power.Kot2 mana tau leh tergugat iman dia.hehe

Bila dah petang, survey tempat nak berbuka puasa. Missscha yang tak puasa time tu lebih2 lak dari dia.heee. So, stop ler dulu shopping. Order segala makanan nak berbuka puasa, kitorang pegi bazar cari kueh2 plak.Haissh, teruk sungguh nafsu makan bulan puasa ni, semua nak makan.huhu..Itulah, kita kena selalu beringat kan.Makan takdela sampai nak membazir. Beli banyak2 pastu tak habis dimakan.Buang camtu je.

Lihat hadith dibawah ;

Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu'jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar.

Di dalam hadis daripada Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah.

Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w."

Tapi pe yang Missscha nak bagitau bukan nak kita makan buah tamar je time berbuka tu. Tapi berpada2 dan janganlah membazir. Kalau yang biasa masak lebih pun, mesti simpan untuk sahurnya plak kan. Samala umah Missscha pun camtu gak.

Berbalik pada cerita Missscha tadi. Kebiasaan selepas berbuka puasa, Missscha dan dia akan pegi sambung shopping..hehe. Pegi dekat tapak2 expo plak. Awal2 sebelum tu mestila kat shopping complex kan. Bila dah lewat, tapak expo jela yang buka.

Balik rumah penat jenjalan..sok nya sambung lagi.hehe.. Tahun ni macam mana plak yer.Rasa cam nak pegi Kuala Terengganu je.Shopping kat sana.Boley?hee

Okla, Missscha dah ngantuk gile ni. Nak rehatkan minda jap.ahah..Malas plak arini nak bercerita..cam takde idea je.GTG now..daa


No comments: