Monday, August 17, 2009

Menjelang Ketibaan Ramadhan

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan, insyaAllah. Bulan Sya’ban akan berlalu meninggalkan kita manakala Ramadhan akan bersama kita.

“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Sya’ban ini, juga bulan Rejab yang lalu, dan panjangkan umur kami untuk berjumpa dengan bulan suci-Mu.” Amin.

Apabila bulan mulia ini datang, ada bebarapa jenis jiwa manusia akan kita lihat. Ada satu golongan yang amat merasa susah hati apabila kedatangan bulan puasa ini. Banyak perkara yang bermain di dalam fikiran: lapar, letih, penat dan bermacam-macam lagi. Mereka merasakan bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan azab dan seksaan terutama untuk menahan rasa lapar dan dahaga.

Golongan yang lain pula merasa seronok bila menunggu ketibaan bulan puasa, bukan apa kalau berniaga amat menguntungkan terutama di pasar Ramadhan. Keuntungannya berlipat kali ganda. Ada juga orang yang seronok bila hadirnya bulan Ramadhan apabila pelbagai jenis kuih-muih tersedia untuk dibeli untuk memenuhi tuntutan selera makan yang membuak-buak di dalam hati.

Sya’ban semakin merayap, Ramadhan kian dekat. “Ya Allah panjangkan umur kami sehingga berjumpa Ramadhan.” Allahumma aamiin.


Semoga kita akan mendapat keuntungan merebut pahala di bulan Ramadhan, bukan termasuk di dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah “Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga.”

Sumber: Blog Isma Perak


ps: Hati ini terasa sangat gembira, tak sabar menuggu ketibaan Ramadhan, namun hati juga merasa sedih kerana berada diperantauan, jauh dari keluarga dan orang tersayang.


6 comments:

cha said...

hi there,family u duduk mane?takpe be strong ok.u ada bf dgn bff kan?
:)

NAZ said...

selamat berpuasa

Scha Abdllh said...

sasha : thanx sasha ;)
kg tganu je..tapi biasala tak penah berjauhan..huhu ;) selamat menyambut ramadhan

Scha Abdllh said...

naz : Selamat Berpuasa :)

shahadah said...

selamat menyambut ramadhan kareem..misscha..moga ramadhan ini dapat mendidik kita jadi lebih bagus (^_^)

Scha Abdllh said...

selamat menyambut ramadhan kareem juga buat shahadah. :)