Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga. Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.
Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.
Percayakah anda pada Toyol??
Bercakap pasal toyol ni..2 hari lepas waktu aku pulang bercuti kat kampung. Konon2 aku nak bagi suprise la kat keluarga..balik kampung tak bagitau famili. Sampai umah semua orang takde.Nasib baik kunci spare aku pegang. Petang tu hujan sangat lebat.. sampai lah ke malam. Dalam hati ni, rasa jugak cam takut2 je duk sorang. Nasib baik ada abg aku ngan anak buah..tapi dorang duk umah sendiri.
Pada esok harinya, kakak ngan mak ayah aku balik dari terengganu. Sampai umah kakak aku cakap duit dia dah hilang..petang tu dorang terus p jumpa bomoh. Sebab sebelum ni pun ada jugak kes hilang duit. tak banyak pun, tapi dah kerap sangat. Kakak aku pun dah naik bengang dah...
Balik dari jumpa bomoh kakak aku senyum2..aku dah risau kot2 ada budak2 nakal yang mencuri. Bila dengar je kakak aku cerita terus naik bula roma aku..seram gila kot. Bayangkan malam tu aku kesorangan duk umah. Dahla tengah bulan Merah. Aiyooo...sekarang rasa takut dah nak balik kampung.hehe.. Nak percaya 100%, tak baik jgk. Orang cakap syirik..khurafat..tapi betul ke benda tu wujud???hmm..
Berdasarkan apa yang diberitahu oleh bomoh tersebut..memang betul dan sama ngan org tu. Pemilik toyol tu selalu berjalan mundar mandir depan umah aku pegi kedai jalan kaki. Bila orang ajak tumpang dia xnak naik. Tangannya diletak kebelakang.. menurut cerita orang tua..kalau tangan diletak belakang bermakna dia sedang bawa toyol dia.ishhhhhhh serammmnye..
Memang aku penah nampak mamat tu. Dia memang sorang2, macam xde kawan. Muka pun ngeri je.. Bomoh cakap kita tak boleh membalas apa yang dilakukan. Sebab, takut satu famili aku akan jatuh sakit. So, perlu ada pendinding supaya tak bagi benda tu datang lagi. Bela ikan 'Puyu' orang2 tua cakapla..
ps : Tido kena pakai stoking. Takut Toyol hisap ibu jari kaki.
2 comments:
hurmmm.. benda x taw la kan harus d percaya atau tidak.. tp aku perna dgr memang benda ne..
dan kebykn org cakap benda ne wujud.. uhuhhuhu
kann..susah nak percaya..tapi klu percaya khurafat..
tapi org ckp ckp bnda ni memg wujud kat kota mekah..kdang2 kbnyakan dtg dr mekah..
wallahualam..
Post a Comment