Wednesday, January 12, 2011

Kereta kena Pecah


Kesian kat kawan aku harini, kereta yang aku selalu tumpang pegi balik keje ngan dia kena pecah oleh orang yang tak bertanggungjawab.fuhhh dapat je tau sape, nak je lenyek2!! geram jgk bila dengar camni.

Waktu lunch tengahari tadi nak pegi makan kat luar, sampai je kat kereta masing2 tergamam tengok cermin belakang dah pecah retak seribu. Hancur semua jatuh kat atas seat tu. Mula2 ingatkan panas dek matahari. Yela akhir2 ni hujan lebat. Harini baru cuaca panas terik. Sebab nampak macam takde orang pecah kereta. Memang tak sangka sebab duk dalam UPM ni cam safety la cket. Tuan empunya kereta pun tak ingat ape barang yang ada.

So tengahari tu terus gerak ke rumah dia, dan aku follow sekali ngan kawan lagi sorang. Kesian kat kawan aku tu. Nak kena pakai duit lagi..hmm

Dah siap hantar bengkel, tinggal kat sana..balik opis. Tiba2 kawan aku cakap, beg dia hilang, baru dia teringat. Dalam tu ada baju, jacket kain, selendang dan pencuci muka je kot. Lain2 barang berharga takde. Barang2 tu je yang "PENYANGAK" bangang tu amik. Nasib barang berharga takde. Tapi kan cam pencuri tu dah aim kawan aku ni.hmm

Duk sembang2 tadi, cleaner kat sini pun ada cakap yang sebelum ni pun ada kes pecah cermin kereta, hilang laptop.. Aku rasa la yang si PENYANGAK tu ingat laptop dalam beg.

So sape2 yang bawak kereta lepas ni berhati2lah. Walau takde barang berharga pun dalam beg tu, JANGAN sesekali tinggal dalam kereta, coz dorang ingat ada laptop lah ape2 lah kan. ishh mintak jauh semua ni.

Tak pasai2 RM100 kena ganti cermin. Tak hilang barang tapi duit yang dikeluarkan nak ganti cermin.hmm

So guys! Selepas ni berhati2 yer. Ingatan untuk aku juga.Peace!! ^^



2 comments:

chunk (◕‿◕✿) said...

ngeri wohhh!!kereta abg sy pon kena pecah kat parking apartment flora damansara...fuh ada skali tu siap 4-4 tayar kena cabut ..sbb sportrim menggoda kot

Scha Abdllh said...

a'ah sgt takut..wlaupun bkn kereta sendiri.dalam upm ni kot.ntah sape2 la yg mncurik tu.hmm student kah?or tkg kebun or org luar?? hmm

4tayar??fuhh mau nagis 40hr 4mlm.heh