Thursday, January 19, 2012

Azam Baru 2012


Hai kenkawang blogger..dah lama rasanya dah tidak meng'update blog ni.. betul2 takde masa, idea nak bercerita, xde tenet..hehe Now 2012 Tahun baru azam baru hidup baru ;)

Since 2008-2011 bekerja kt KL Banyak kenangan pahit dan manis yang tidak dapat ku lupakan.

2012 - dah balik menetap di kampung..tidak bekerja di Kuala Lumpur lagi..sekarang kerja baru as Conveyancing clerk. Ni adalah kerja lama aku sebelum merantau di Kuala Lumpur. Kerja lama tapi ditempat baru..

Suasana dan keadaan kerja sekarang sangat best sebab dah ada sedikit pengalaman dalam pekerjaan ni.. harap kekal la sampai bila2..InsyaAllah :)

Azam baru tahun ni adalah tukar status!! SAYA MAHU KAHWIN!! hahaha bunyik cam gatal je kan..hihi sebab sekarang dah jadi tunangan orang..hihi langsungnya pertunangan tu pada 12/2011..A day to remember <3

InsyaAllah dengan izin Tuhan yang maha esa, kalau dimurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh, panjang umur..hendaknya tahun inilah pernikahan akan berlangsung..
LOVE HIM VERY MUCH!! Doakan kami bersatu cepat2 ye sahabat :)
InsyaAllah ku doakan jua untuk..Aminn


OKlah itu sahaja dari saya Cik sha setelah sekian lama tidak aktif blogging..ada masa lagi nanti kita bersua lagi diblog ini yer..

Sayang sahabat blogging!!
^___^


Monday, July 11, 2011

Lima belas julai

15Julai..aku akan pulang ke kampung untuk selama-lamnya.. tinggallah segala kenangan dikotaraya besar ini.. pada 15hb juga lah hari Hari Nisfu Sya'aban akan tiba, iaitu pada hari Jumaat Malam Sabtu (sebaik saja masuk maghrib)15 July 2011(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1432H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 15 july 2011) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 15 july 2011)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : Pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan
diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam..



Wednesday, July 6, 2011

Ragam Pakcik Teksi

Sepanjang aku duk KL 3tahun ni.. macam-macam ragam, kerenah pakcik2 teksi ni..ada yang terlebih amik tahu, banyak cakap..heee susah..dan ada jugak yang baikk sangat :)

Ada sorang driver teksi ni...muda lagi bukan pakcik2 berbangsa india..masa tu aku nak pegi saujana bestari dekat area kg Melayu subang kot..jauh giler. aritu ade profile shoot untuk 1 agensi ni. Aku memang jenis yang tak suka menyusahkan orang..1lagi segan nak mintak tolong..ape2 aku buat sendiri..selagi aku mampu, boleh pegi sendiri..aku pegi je.. Tambang teksi agak mahal jugak RM45 bayar dekat kaunter tu.. driver tu datang cakap dia tau kesana. Kalau aku memang zero point lah kan..xtau langsung mana tempatnye..sampai sana dia plak boleh tanya aku kat mana nak pegi..aku dah bagi alamat kat dia...dia bleh cakap plak xtau tempat tu..so pegi sana berpandukan signboard je..pusing2 sesat entah kemana2..yang aku geram mula2, nak ajak nek teksi dia..boley plak dia cakap tau..heee tu yang sakit hati..menyusahkan orang..lewat setengah jam..malu aku.. balik dengan dia jugak..RM60 sampai rumah..perghh melayan camtu je duit..huhu

Pastu sorang pakcik dah kenal aku kot biasa naik ngan dia nak ke tempat kerja... aku pegi shoot pun mintak pakcik tu tolong hantar..bahasa atau cara dia bercakap macam orang luar, indon..tapi ada ke orang indon bawak teksi?mungkin sabah kot kan..ntahla aku pun dah lupa..sebab biasa borak2..banyak tanya pakcik tu..hehe terlebih peramah.. soal aku nak kawen bila..dah tunang ke semua dia tanya..ish3..

Pakcik yang ke3 ni..baik sangat aku suka..dia tak banyak cakap dan paling aku suka..dia selalu bagi tiket lebih.hahah siap tanya lagi nak berapa..tapi bukan bermakna baik ada makna tau..dia betul2 baik.. dulu dia penah pesan kalau lalu kat atas jejantas hati2..sebab kadang2 ada penyangak jugak kat atas tu.

Pakcik ke4, peramah seorang bekas tentera..dia penah cerita kat aku..tegas...dari cara percakapan dia..tapi yang aku tak suka..bwak kereta buat aku pening kepala...xtaulah masalh kereta dia atau cara dia pandu.hahha tersengguk2 aku..macam tersedut2 dia bwak.hahah menong tul..heh

Pakcik ke5...sekali je aku nek..masa nak balik dari casting TVC kat solaris..dia tanya keje ape, dari mana nak kemana..pastu aku bagitau dah nk benti keja..leh plak dia nak introduce aku kat anak dia..keje bhgn IT.hehe masa nak trun dari teksi..dia wish aku smoga berjaya apa yang aku lakukan..aminn..baik kan :)

Hurm...tu la ragam2 pakcik teksi kat KL ni..macam2 aku jumpa..pasni balik tganu takde nek teksi lagi dah..hehe itula kenangan duk KL ni..banyak mengajar aku untuk hidup berdikari..xnak susahkan sesiapa.. :)


Monday, July 4, 2011

Apa2 aje..sambal tempoyak

Apa2 aje??hehee..itula nama resipi baru aku belajar.. sebenarnya Udang masak sambal tempoyak.. tapi udang takde ikan, ayam pun ku bedal semua.. sedap ohh resipi ni.. rugi xcuba.. Sesape yang suka tempoyak mestiii suka punye!! :D

Lastweek aku balik kampung, menghantar 2beg baju.. bawak balik sket2 dulu nanti xdela penuh kereta sangat. Masa kat kampung mak tak berapa sehat..dah demam 2hari pada hari aku sampai kat kampung. So, ape2 keje rumah aku buat..especially memasak la..hikk

Kalau kat rumah susah sket aku nak masak merah2 ke ape ke.. ayah x makan sebab takut pedas..padahal bukan pedas sangat pun..hee

Time duk kampung memang aku jarang masak, bukan malas tapi mak aku yang akan masak. So aritu de terbaca satu resipi kat majalah keluarga.. perghh meleleh air liur tengok resipi udang sambal tempoyak.. nak p cari udang memang malas la nak kuar p pasar..jauh plak.. tengahri dah kena siap masak..

So aritu pandai2 sendiri aku masak ikan sambal tempoyak..best jgk pe.haha keesokan harinya plak aku pegi picnic ngan DIA.. masak ayam sambal tempoyak plak.. perghhhh dapat pujian melambung la. Bangga i tau!hahaa

Hari aku masak ikan sambal tempoyak tu dia de makan jugak.. aku bawak bekal makan kat pantai..tapau untuk dia.. xcukup plak dia cakap.hihi malam ni masak lagi.. dah 3hari berturut aku makan tempoyak..semua jadikla kalau de tempoyak nih...hehe

Habisla malam ni banyak giler makan 2kali tambah..huu sok lusa kena diet la plak.adeyh


Friday, June 24, 2011

Kalau perempuan tak tahu masak..salah ke? Tapi macam mana kalau lelaki tak boleh jadi imam?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"

Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! 


Sumber ; Siti Zainab


Tukar Mata


Lens Hijau setelah bertukar! ;D


Hari saya baruuuu belajar sesuatu yang menarik! Walaupun benda ni dah lama.. tapi hari ni baru gatai tangan nak godek2 you tube cara tukar mata anda kepada mata color2 gitu!hee sebab bosan sangatlah terus cari tutorial yang senang2. :D

Kat sini link dari youtube. http://www.youtube.com/watch?v=RWr73zG0f3I Mari kita lihat apa jadik?hee


Pic asal lens color grey



Thursday, June 23, 2011

Happi Birtdai Sayangku

24062011

Lagi setengah jam pukul12! Birthdai kesayanganku. Sempat lagi aku buat kad ucapan untuk dia.
Semoga beliau dipanjangkan umur murah rezeki dan bahagia selalu disampingku! Aminn.. Cepatnyer wish..yela nanti kan xsempat nak 'gayut' lagi..hee