Saturday, June 20, 2009

Hidup Semanis Pahitan

Tidak bolehkah kita bertenang
seperti melihat ombak
merempuh pantai petang

Keriangan anak-anak berlari berkejaran
siang menjadi mimpi kerananya
hidup menjadi rawan

Tidak bolehkah kita beriang
sebebas burung berterbangan
mengagumi dalam riang
setiap pagi datang segarnya satu alam
hidup terasa subur
pengertian datang indah menyulam

Dalam derita dunia, berceritalah
selagi bulan belum dewasa dosa
kerana meratap paling-paling
sampai kita beriri hati pada yang berjaya
kerana kita ketinggalan cita

Dalam menjeruk rasa
tidak bolehkah kita
berlapang-lapang dada

Sekali datang lagu
tanda hayat ini penuh nyanyian
hidup sesuatu hikmah
yang memanis segala kepahitan.


Karya
Ciung Winara
Singapura.


4 comments:

  1. Hidup
    Menempuh pelbagai cabaran
    Semata untuk mempastikan
    Kita pejuang yang berjaya
    Menempuh dan mengalami
    Ertinya yang sebenar..

    Hidup pelbagai
    Definisi diberikan
    Kepalsuan, kesusahan,
    Kerakusan
    Dan kebahagiaan
    Namun satu yang dicari
    Pengalaman yang tidak akan
    Kembali..

    Hidup
    Akhirmu bukan dikubur
    Namun bergantung kepada
    Perjuanganmu
    Nanti akan ditentukannya...


    salam :)

    ReplyDelete
  2. AsSalamualaikum wr wb. Ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi karya saya sebagai renungan sangat saya hargai. Salam hormat dan salam sastera.

    Yang benar,
    Ciung Winara
    Singapura.

    ReplyDelete
  3. AsSalamualaikum wr wb. Ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi karya saya sebagai renungan sangat saya hargai. Salam hormat dan salam sastera.

    Yang benar,
    Ciung Winara
    Singapura.

    ReplyDelete

Comment here with a smile..smileeeeeeeeeeeeee ;)