Monday, March 30, 2009

SMS yang buatku menangis


Last week, aku dapat SMS dari kakak ku dikampung..Aku ni selalu tukar no fon.So, banyak susahnya.Orang nak call, mesej kadang tak sampai, lambat baca..cam jadi pada aku last week.

Selasa petang, balik dari kerja.Aku terlalu penat sehinggakan aku terlantar ditilam empukku selepas pulang dari kerja.Tiba2 jer aku rasa nak bukak no fon aku yang satu lagi.Hp satu je, tapi no 2..Neway ade sebab nyer.

Nak bukak hp satu hal.Menyusahkan hidup aku jer.Kejap2 hang.5 mesej sudah masuk, tapi satu pun tak dapat ku baca.Aku geram dan tiba2 rasa tak sedap hati.Rasa nak baling jer hp kat dinding.Aku makin gelisah, cam ade sesuatu terjadi.Aku Off hp, dan On semula.

1st mesej yang kudapat tertera no fon kakakku dari kampung.Aku terus membuka dan ayat pertamanya...Sue aku ade berita tak baik ni nak kabo..Epi xcident masuk hospital, tak gerak, tulang rusuk 2 patah...(Sue adalah nama panggilan oleh familiku, coz aku ni anak bongsu.Epi adalah anak saudaraku yang membesar dirumahku sendiri sejak die lahir lagi dan menjadikan aku ngan die bagai adik beradik yang sangat rapat)Tangan mengeletar dan air mataku bercucuran mengalir.Aku tak dapat menahan kesedihan..

Sepatutnya, aku dapat berita itu dari hari isnin pagi.Tapi, aku yang cuai dan guna no fon yang banyak membuatkan aku camni.

Aku marah pada diri sendiri.Aku rasa nak balik pada malam tu tapi keadaan tidak mengizinkan, hari sudah lewat malam, dan kawan menasihatiku agar tidak mengikut perasaan.Aku menunggu keesokan harinya dengan keadaan yang terus resah gelisah.Aku menangis sepanjang malam.Kalau ade kereta terus je gerak dari KL ke Kemaman pada malam tu.

Hujung bulan amat menyeksakan.Gaji belum dapat, duit takde.Ape harus kubuat.Hanya 2mesej yang dapat kuhantar kepada kakakku untuk menanya kabar tentang anak saudaraku itu.Nak call credit takde..Aku tak megadu pada sape2.Hanya kupendamkan seorang diri pada malam tu.

Aku minta tolong pada seseorang teman, dan memberitahu masalahku.Alhamdulillah, die telah menolongku.Terima kasih atas pertolonganmu wahai teman.

25hb, rabu pagi, aku pulang kekampung jam0100.Tiket pagi telah habis dan membuatku terus tertekan.Jam 0500 petang aku sampai dikemaman, aku terus ke hospital menjenguk anak saudaraku..Alhamdulillah keadaannya telah stabil dan sedikit keresahan ku hilang.



p/s: Aku taknak pakai banyak no lagi.Banyak masalah.kalau nakpakai pun make sure guna 2 hp.menyusahkan.


5 comments:

farish izaryl @izreez said...

wah siannye :'( pasni xyh pkai no tepon byk2 k

Scha Abdllh said...

rizz : ermm, camtu r..menyusahkan diri sendiri. =(

P3tani is my nama said...

hidup penuh dengan dugaan..
dugaanNya membuatkan kita lebih matang...

dugaanNya juga membuatkan kita menjadi lebih baik dari kita yang semalam..

:)

Nashrul Sabri said...

haih, kesian..

anyway, syukur alhamdulillah dia dlm keadaan stabil.

morale of the story : jangan tukar2 no fone atau byk nombor tapi fone tak byk. hehee...

Scha Abdllh said...

UD : Yela UDoL..hee =)

P3tani : betul tu..ia membuatkan kita belajar dari kesilapan.thanx =)