Monday, April 13, 2009

Anugerah Bintang Popular Harian

BINTANG Paling Popular ABPBH 2008, Nabil bersama trofi yang dimenanginya.

GENTING HIGHLANDS: Bakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam ini.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

sumber ; berita harian Isnin, 13 April 2009


Bess dohh.banyak die dapat.kaya la hang.hehe.Semalam aku juz dengar kat Hot.Fm jer, almaklumlah umah aku takde TV kesian...huhu..SO dengar je ler.Nak tengok red carpet pun tak dapat.heh..

p/s : tak sangka plak dapat kat Nabil kan.Pape pun tahniah buat si Nabil.Aku plak bile nak dapattt..hehe.


No comments: