Monday, April 13, 2009

Pertemuan antara aku dan David


11April2009, jam 0315 petang aku sampai di Sunway Ampitheater bertemankan kawan LB aku Fendi..Fuhh ramai giler peminat-peminat David yang menunggu untuk masuk. Aku sedikit terlewat sampai kesana dan terpaksa bertolak2 ngan orang ramai nak masuk kedalam.Guard tu punyelah poyo cakap dah takleh masuk, tempat penuh.hangin aku dibuatnyer.Kalau tempat dah penuh, buat pe kasi tiket banyak2..

Pe yang aku tak sangka, nampak la sorang artis lelaki Malaysia ni, die pun nak masuk dalam sana.Die ni peserta OIAM3.Mula-mula aku tak berape perasan.Pastu ku toleh lagi.Cik Hati aku cakap, cam kenal jer mamat ni.hehe..OOoo, betul la, die ni upenyer.Erm, baru jer aku cakap dah ramai orang nak bergambar ngan die.Aku pun terus blah, pegi tunggu depan gate dekat security David nih.Berebut2 nak masuk dalam.

Hari dah gelap.nak hujan.Akhirnya, selepas bersusah payah tolak-menolak dapat jugak aku masuk.Tak sabar nak tengok David.Tapi nak sampai tempat die buat show tu jauh giler.Jenuh aku nak jalan.Bapakkk jauh.

Memang happening, ramai giler peminat2 die ni.Dari kecik sampai la ke mak bapak orang.hehe.Sebelum David keluar ade persembahan dari artis len seperti Alif satar, Danial..Ade juga kuiz yang diajukan oleh DJ Hitz.fm.Memang besh..

First songyang dinyanyikan adalah lagu kegemaran aku " A Little Too Not Over You", 2nd song Dont Let Go, Touch My Hand, dan beberapa lagu lagi yang dinyanyikan sambil main piano eyh.ntah aku pun tatau.haha

Walaupun aku dah sedikit kebasahan, terkena bocoran atap di situ.Aku tetap setia menanti dan menunggu david sampai habis.

Dibawah ni, ade sedikit pict yang aku letak.malas plak nak letak caption.pandai-pandaila yerk.hee







p/s : Ngah layan lagu "A Little too not over you"

No comments: