Friday, June 12, 2009

Tahniah

Hari ini 12 june 2009 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1430. Beberapa jam lagi dari saat topik ini ditulis, seseorang yang pernah aku cintai, sayangi dan rindui suatu masa dahulu akan menjadi milik yang sah kepada seorang wanita yang bertuah. Maka secara rasminya dia akan menjadi suami di dalam sebuah rumahtangga yang bakal dilayarinya. Mengapa aku bercerita tentang insan ini?? Adakah masih bersisa kasih di hati atau dendam kesumat menguasai diri??

Sepanjang menyulam kasih sayang bersamanya, dia seorang kekasih yang baik.Banyak keistimewaan yang ada padanya. Dia bukanlah seorang lelaki yang gemar menuturkan ayat-ayat ‘manis’ malah setiap tutur katanya penuh nasihat.

Sesungguhnya hidup ini penuh kejutan, tanpa diduga hubungan kami berakhir pada tahun 2007 selepas aku tamat belajar.Mungkin aku dan dia tidak berhubung..lalu hubungan kami menjadi renggang.tapi tiada kata putus untuk berpisah hanya mendiamkan diri.Sehinggalah kejadian 3minggu lepas yang betul2 buat aku terasa dan menangis kerananya, mungkin kerana masih ada rasa sayang..

Dia juga menasihatkan aku ~ Walaupun kita berada jauh antara orang yang disayangi, jagan lupa untuk bertanyakan khabar, sentiasa menghubungi antara satu sama lain, walaupun tak berjumpa..ini menandakan kita sentiasa mengingatinya.Jauh tak menjadi penghalang sebuah perhubungan.

Akhirnya aku menerima qada’ dan qadar Allah dengan redha. Maka, dengan itu, aku melepaskan dia pergi walaupun aku menyintainya. Malah, kami mahu hubungan kami dikukuhkan dengan pernikahan tetapi itu semua tidak menjadi realiti.Walaupun sudah kurang komunikasi antara kami tetapi aku yakin dia masih mengingati aku. Ini terbukti dengan sms yang dilayangkan pada hari lahir aku pada 2 jun lalu.


Dia juga mengundang aku ke majlis perkahwinanya tetapi aku mengatakan tidak dapat hadir kerana jauh.Dengan susah payah dia datang berjumpa ke Putrajaya untuk meminta maaf dan meghulurkan sekeping kad putih yang membawa kebahgiaan kepadanya.

Buat dia, insan yang pernah dicintai selamat pengantin baru. Semoga berbahagia buat selama-lamanya. Doa dan harapan semoga kalian dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Terima kasih di atas segala-galanya. Sesungguhnya namamu, wajahmu dan suaramu akan diingati buat selama-lamanya. Terima kasih untuk memori indah yang pernah kita anyam bersama.

Tahniah Aishah, kerana berjaya menghabiskan entri ini tanpa mutiara jernih di pipi. :)


4 comments:

Seri said...

wow....
congrats to him..
and congrats to you..sebab kuat hati.. : )

nopx brightside said...

congratulation to him..
bertabahlah ye kamu..
penah merasa seperti ini,tapi tabah juga menghadapi kerana jodoh di tangan Tuhan..
one day,you'll find someone better..
ganbare..:)

Anonymous said...

A wise man once said to me, "If someone breaks your heart, find someone else to mend it."

The reason you are still feeling for this guy is because you are living in the past.

I've seen guys and girls break up and they feel so sad and depressed. I even know one girl who became suicidal.

But then they started going out, started meeting people, started dating again. The suicidal girl is now married and she has 3 kids!

There are lots of fishes in the sea. My question to you is do you want to go out fishing or do you just want to stay in your dark hole and think about that one fish that you lost.

I can promise you one thing: there are a lot bigger fishes waiting for you out there, bigger than the one that you lost.

Now stop moping and get on with your life.

SASYA WILLIS said...

Anonymous : Bigger fishes??hehe..