Saturday, June 13, 2009

Teman lelaki

Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton wayang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.

Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.

Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.

Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.
Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.

Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.

Si dia ni..kawan baik aku masa sekolah.Masuk Form 2, die minat kat aku..tapi aku jual mahal.hehe.Tapi dalam hati aku pun suka sebenarnya kat dia ni.haha.Pecah tembelang.Tapi disebabkan aku terlalu egois..aku kawan jer ngan dia.Masa tu budak2 lagi.Dia selalu usha2 aku, kacau aku.Dahla satu class.Masuk form 3 dia ni, tukar sekolah.Takdela lagi budak yang selalu kacau aku..Bila form 4 dia tukar balik sekolah.Masuk class aku plak tu.haish..Tapi dengar citer masa tu dia dah ada awek.Cun jugak.Muda 1 tahun dari aku.Last2 kami kawan je.

Tapi, aku dapat agak dia masih sukakan aku.Cara dia dan macam2 lah.Selalu gak sakat aku.Then kalau hari minggu kitorang keluar naik motor kapcai dia.haha.Aku tak couple pun..cakap pun berbahsa kan aku kau..macam kawan2..tapi hati dia memang suka kan aku.Dari form 2 tau.haha.

Kami still kawan sampai skang.Masa form 5 dia luah perasaan kat aku.Aku ni memang tak suka bila kawan cakap suka dan jatuh cintan kat aku.Coz aku masa tu memang dah anggap dia kawan baik.nak lebih2 tak bleh la.Tapi bila dia ngan gf dia aku cemburu jugak.hehe.Camne tu.Bila dia luah aku cakap taknak.geli la..kawan baik bertukar jadi kekasih.haha

Masa ayah aku belikan scooter Ego, dia yang tolong makeup kan.Bila aku jatuh motor, then rosak dia tolong baikikan..macam2 la dia tolong aku ni.datang rumah aku slamber je.Kawan2 kan.mak aku tak marah pun.Bila aku sambung study hubungan agak renggang sedikit.Last2 aku dapat tahu dia ada masalah ngan gf dia..dan hampir nak clash.Time tu jugak aku takde sape2..ecehhh.haha

So dia mintak aku jadi gf die.Hurm aku ngan terasa nak muntah tapi tak teragak2 aku terima.Sebab aku nak try mana tau kot2 dia lah kekasihku.Haaha.Last2 bertahan selama 2minggu je.Hehe.Dia suka mengongkong rupanya.Itu yang aku tak suka.Kami clashh jugak. Tak berhubung lama jugak la..sampai aku habis study.

Lastly dengar dia berbaik ngan gf dia yang dulu tu.Bila aku balik keje kat kampung dia masih contact aku.dan masih berkawan.kami lupakan kisah lama.Cam bodoh plak rasa.Eee geli la.haha

Memang kami kawan baik..bila aku ada masalah dia tolong aku dengan seikhlasnya.Dia cakap 3orang wanita dia sayang kat hati dia didunia dan akhirat..Aku, mak dia dan Isteri dia sekarang a.k.a Gf yang aku ceritakan tadi.Akhirnya dia kahwin jugak ngan gf dia tu.Alhamdulillah..

Tapi sekarang aku dah tak contact dia. takut isteri dia tau pulak dan jeles plak kan.Isteri dia tau dulu masa sekolah si dia ni jatuh cintan ngan aku..Taknak la kacau umah tangga orang.

Dialah kawan, teman lelaki yang paling rapat ngan aku.Miss him.. :)


Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.


3 comments:

MieZa said...

dlm hidup sy, si die adlh sahabat,kwan,musuh dan teman lelaki.
cheh...ups..terlebey sudah..

Scha Abdllh said...

mieza : ohh teman lelaki..hikss :))

NAZ said...

semua orang ada kemahuan. tapi tidak semua tercapai :)