Tuesday, August 18, 2009

Puasa dan Raya

Hari makin dekat, lagi 3hari kita akan berpuasa.InsyaAllah. Tak sabar rasanya menunggu ketibaan Ramadhan. Korang camne?dan Xcited juga Missscha nak beraya, puasa pun belum lagi dah pikir soal raya.hehe..Tapi apa2 pun Puasa lebih penting, ia mendekatkan lagi kita dengan yang Maha esa. Beribadatlah secukup2nya..tapi tak semestinya di bulan puasa baru kita nak beribadat..

Okla semua tu kita dah tahu kan..apa yang patut dan tidak.Bercerita dibulan Puasa ni memangla best..nak2 klu dah disaat 2 3 hari lagi nak raya.macam2 persiapan yang dibuat.best sangat2 kan.Kalau macam Missscha ni, kakak2 semua duk jauh2.So, persiapan kat rumah tu Missscha sorangla yang sediakan.Missscha kan anak bongsu.Mana ade sesape lagi kat rumah.Tinggal sorang anak gadis ni je.

Tapi Missscha sangat sedih coz bila bulan puasa ni, Missscha dahla jauh ngan Mak Ayah. So kat rumah Mak n Ayah je yang ada. Apa yang mak masak ek kat rumah.Tinggal diorang berdua je. Kalau dulu2, Missscha akan masak sama2 ngan Mak.

Hurm,..ayah Missscha akan tau pe yang Missscha suka pada bulan puasa. Selalu dia akan pegi kedai dan akan beli Rojak ayam.Kalau kat sini dipanggil 'Pasembor'..Tapi Pasembor kat sini tak best.Ahha..sorry yer.Missscha ni tekak terengganu.tak lari dari makanan di negeri sendiri. Kat sana ada ayam dan kuah lagi sedap.Untuk anak bongsu dia ni ayah selalu beli.hehe. Tapi untuk ayah plak, Missscha masak sedap2.

Bercakap pasal nak raya...soalan cepu emas..kebiasaan yang akan ditanya.Tapi dulu2 jugakla.Skang buat endah tak endah da..

"Baju raya dah tempah ke?"

"Dah..2pasang"

"Ko, brapa pasang?"

"Kuih raya beli ke buat?"

"Baju raya kaler pe?"

Inilah soalan yang selalu ditanya. Missscha biasanya tiap-tiap tahun tak bekesempatan untuk menempah baju raya. Selalu je beli yang dah siap.Start dari belajar kat IPT lagi. Takde masa, tak sempat. Macam skang pun sama la.Tatau nak tempah mana kat sini.

Tahun ni Missscha nyer kaler ngan cik Abg Missscha adalah kuning. Tak pernah Missscha pakai baju kaler kuning. Camno ek nanti.hehe. Sedondon la nanti.hihi.Baju adalah kebaya nyonya.Haissh tak sabar rasanya nak pergi shopping.Puasa pun tak lagi dah buat wishlist pe yang patut.hee

Kuih raya pun Missscha dah tempah kat kawan Misssha.Dia ni chef.Sebleum ni kan Misssha pernah buat kek kat kedai die.Kalau korang yang tak terlepas baca dari entri sebelum2 ni mesti korang tau.

Pandai dia buat biskut.best sangat.Kalah Missscha duk dapur.Nama pun chef kan..hehe. Missscha tempah kat dia 4 tabung sahaja..setiap jenis. Banyak2 ta habis plak.nanti nak beli kerepek lagi. Tu yang wajib. Kalau kat umah mesti ada 'Tapai, Lemang yang dibuat special oleh Mak Missscha,..

Lemang Mak Missscha sangatla best.Kebiasaan orang kampung akan tempah ngan Mak. Tapi skang Mak dah tak berapa sihat.So, kitorang beli dan tempah kat Mak sedara lak. Dua beradik ni memang Lemang turun temurun. rasa2nya Missscha perlu belajar semua tu dari Mak Missscha.

Haishh, tak sedar plak..panjang lak entri pepagi nih..hehe..dah terlebey sudaa.

Tapi memang sedihla, puasa ni Missscha tak balik puasa kat umah.Cuma last puasa dalam 2 3 hari nak raya baru balik kampung dan sempat jugak berbuka ngan Ayah dan Mak.Tiket Missscha dah usha nak balik kampung.Tapi dah habis.huhu..

Yang Missscha nak gelak..Si Dia tu tanya..

"Sempat ke nak shopping 2 3 hari?"hahaha..Dia plak yang xcited nak shopping. Kita ni lagila runsing. Umah nak kena bersih. Hurm sempatla tu ek..Oklah, stop sini dulu, kalau nak cerita pasal bab raya dan puasa ni memang tak habis..hehe

Tunggu di lain entri plak yer..ada sambungannya lagi...Missscha nak sambung kerja Missscha. Biasala pepagi ni kena fresh kan otak dulu ngan ayat2 cinta. Missscha kan buat testscript.. Sooo??hehe..byebye belogger..sayang u semua.. :)


ps : Maaf klu ada tersalah ejaan ke ape..sekali post saja..takde dah nak baca n edit.Selalunyer ade je ejaan tak betul.hehe..sori :)



2 comments:

eyna said...

thn ni nbg rye kaler pink2..hohoho da siap pon.posa lom start tp bju raye dah siap.hehehe

Scha Abdllh said...

waaa..eyna pink kaler yer..comel2 sesuai.. :)

Biasala itu yang selalu, belum puasa tapi baju dah siap tempah..

Klu Missscha lagi gelojoh, klu baju raya siap awl2,leh lak nak pkai.Tak sabar dah.hehe..Basi pulak baju raya 2.hehe