Sebenarnya Missscha confused dengan keadaan Missscha sekarang. Bolehkah seseorang itu berpuasa sunat sepanjang bulan sya'ban tanpa mengira hari (selain hari isnin & khamis), kecuali sehari sebelum ramadhan sebagai menghormati kelebihan puasa sebulan di bulan ramadhan? So, Missscha ada sedikit buat research la tadi.Sebab hari ni Missscha berpuasa sunat. Ingin kepastian sahaja.
Ustaz Hanif,
Sememangnya kita dianjurkan untuk memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban lebih dari yang biasa.
Lihat hadith di bawah
Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi s.a.w tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban, dan baginda s.a.w telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda s.a.w bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib)kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda s.a.w apabila mendirikan sembahyang maka baginda s.a.w sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, bolehlah berpuasa pada hari-hari selain Isnin dan Khamis kecuali pada sehari sebelum masuk Ramadhan i.e 29 atau 30 Syaaban untuk mengelakkan kekeliruan kerana bercampur aduk kiraan puasa sunat dan wajib. Rasulullah s.a.w bersabda
"Jangan kamu semua mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, melainkan bagi seorang lelaki yang ia sentiasa dengan berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Ulama berkhilaf tentang meneruskan puasa setelah Nisfu Syaaban. Tapi khilaf ini pada sudut lebih baik atau tidak, bukan soal haram atau tidak.
Yang masyhur ialah boleh meneruskan puasa setelah Nisfu Syaaban bagi mereka yang memang telah biasa mengamalkan puasa-puasa sunat sebelumnya dan makruh bagi yang tidak. Namun pendapat yang lebih kuat ialah boleh meneruskan puasa bagi sesiapa sahaja, samada yang biasa berpuasa sunat atau tidak kerana berdasarkan pada keumuman hadith mengenai Rasulullah s.a.w memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban.
Wallahu a`alam.

*****
ps: Terungkai sudah kekeliruan Missscha.
BULAN SAFAR BULAN RABIUL AKHIR BULAN JAMADIL AWWAL BULAN JAMADIL AKHIR Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa. REJAB Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
BULAN SYAABAN Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
BULAN RAMADHAN Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
BULAN SYAWAL Amalan sunat di bulan Syawal :
BULAN ZULKAEDAH Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa. BULAN ZULHIJJAH Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
|
ps: Terungkai sudah kekeliruan Missscha.
1 comment:
good info...
:)
Post a Comment