Friday, April 17, 2009

Cepatnya


Tak sangka plak dah tengahari.Jom lunch.Kejap lagi malam, lepas tu dah pagi. Cepatnya masa bergerak meninggalkan kita..Dalam kita menaip ni, berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan setiap baris?

Adakah dunia zaman sekarang memang bergerak pantas, atau aku yang ketinggalan dengan masa? Seakan terasa aku baru saja, berada dikampung bersama emak dan ayah menikmati keindahan petang dikampung..

Terkenang zaman sekolah rendah, menengah, kolej, alam pekerjaan dan juga percintaan. Ada perkara yang menyenangkan dan ada perkara yang sebaliknya. Semuanya mematangkan dan mendewasakan fikiran kita. Teringat juga waktu kecik dulu, main parit, basikal keliling kampung, mandi sungai, lepak umah jiran sampai malam.. Pastu emak cari sampai menjerit2 suruh pulang, aku pun berlari-lari naik atas rumah dan ditangan emak ada lidi lalu disebat.Uwaaaaaaa.nangis teresak2.hehe.1st time and for the last time aku kena rotan tau. No more yer pastu.

Walaubagaimanapun, kita harus pandang kehadapan dan fikir pada masa akan datang.Yang lepas dijadikan kenangan, teladan, pengajaran dan yang sewaktu dengannya.

"Kata pujangga masa adalah emas kerana terlalu berharga. Masa tiada galang ganti setara dengannya. Masa tidak boleh dibeli apatah lagi dijual di mana - mana pusat membeli belah. Berusaha mendapatkan masa yang telah berlalu dengan menukar emas sebagai ganti adalah suatu yang mustahil. Tidak cukup dengan itu masa juga ibarat pedang tajam yang sentiasa memotong. Andai kita gagal merancang dan memikirkan pengurusan masa, pedang masa itu akan memancung dan memotong serta menghancur lumatkan kehidupan kita. Sebenarnya hakikat masa itu adalah satu bentuk amanah kehidupan dari Allah yang tidak akan kembali setelah ianya berlalu sehinggalah hari Kiamat. Masa yang kita lalui di dunia ini akan dibuka semula di hadapan mahkamah Allah untuk dihitung segala amalan".









No comments: