Sunday, November 15, 2009

Miss Soccer Beauty Contest

14th November 2009, Grandseasons Hotel, Kuala Lumpur. Audition Miss Soccer Beauty Contest yang bermula pada jam 0800 pagi. Awal gila kan..Tension aku.Pada malam tu aku dah janji ngan kawan aku, Shah. Dia akan hantar ke sana. Takkan aku nak naik tren.huhu. Jauh jugak dahla tatau tempat. Sesat mati aku.hehe. Dan aku juga ditemani oleh sahabat baikku Ckin.

Pada jam 0600 pagi aku dah bangun, terus call si Shah. Berpuluh-puluh kali aku call tak bangun2..Saje je kasi aku panas. Malam tu aku dah ingatkan dia supaya bangun awal2. Then, dia jugak yang suh kejutkan pukul 0600.

Mandi pun aku sempat lagi call dia.hihi
Nak buat camne gelabah punya pasal. Last2 aku amik keputusan untuk call kawan aku yang lain si Fendi. Dia jugak yang leh harap. Terus bangun.hehe.Selamat aku pagi tu. Call 1x je kot terus bangun..Baguss si Fendi ni. Jam 0730 dia sampai, kemudian terus gerak.

Sampai sana, mak aii takde orang lagi. Aku orang yang pertama sampai.huhu. Janji melayu kan, macam tu la. Ape lagi yang ditunggu kamera ade, bergambar sakanlah.haha
Dalam kul0830 dah makin ramai yang datang, semuanya cantik2..aku dah makin berdebar.haha. Risau sangat. 2 3 kali pegi toilet. Yela 1st time pegi audition camni. Selepas isi borang kami diberi nombor giliran. Aku peserta yang ke 11. Cantik nombor kan. Tapi takde luck.haha.


Aku tak berjaya ke peringkat akhir dan terima dengan redha. Nak buat camne takde rezeki nak pegi grooming vacation tu..huhu.sedih2..tapi masa kuar dari bilik tu, aku dah agak..memang tak dapat. Kenapa?? Aku gugup, bercakap pun ntah pape. Berbelit2..Suh jadi pengulas sukan pun tak pandai cakap..ahh , malas nak fikir lagila.

Pada sebelah malam keputusan dari juri disampaikan melalui fon call. Dorang akan telefon mana yang layak dan tidak.
Aku takde lah frust sangat. Bukan rezeki aku kan. Tapi ia sebagai satu pengalaman yang memang aku takkan lupakan sampai bila2. Nak jadi Miss Beauty bukan senang, kena ada pakej yang lengkap, kena pandai bercakap dan bukan hanya melihat paras rupa.

Thanx pada ckin dan Shah temani aku dan juga pemberi semangat.hehe..mmuahx for u guys :)

Friday, November 13, 2009

Last Minute


Lagi-lagi pasal contest ni. Ni je yang aku leh update.hehe. kalau nak harap lain, memang malas nak story yerh. Kan citer pasal boipren aku korang jemu.hahah.

Okeh, pepagi lagi aku dah dapat mesej dari pihak penganjur.

Hello contestants, for those who are coming tomorrow,
pls bring along ur ic and a face photo (recent), sorry for the last minute request.
And would also like to inform that we are planning a 3days and 2 nite grooming vacation @ a local resort for the finalist! So, gud luck and all the best to u guys.



Hurm, cik Sasya memang pemalas kalau nak buat benda last minute nih.hehe. So, aku memang malas nak pikir dah, amik je gambar yang ada, tapi memang hampeh la, xclear gambar guna hp je.

Takpelah aku pun memang tak mengharap pape. Buat ape membazir kan. Juz buat yang terbaik untuk audition nanti kira ok lah. So petang nanti pegi Mines cuci gambar! ;)



Thursday, November 12, 2009

Casual Style

Hari ini sudah hari khamis. Besok dah jumaat. Excited giler tunggu hari sabtu.haha.. Well, mesti korang dah bosan aku asyik duk citer pasal pertandingan tu kan. Cam lah besar sangat pertandingan tu. Tapi tak kira jugak. Aku suka.hehehe..ade aku kisah?? sorryla korang gurau je ~~ weee ;p

Semalam terima mesej dari pihak penganjur lagi :

Dear Contestants, just like to inform u thar Asia Media has agreed to show highlights of the 'Audition' this Saturday on all its TV in 1400 Rapid KL buses!

So, look ur best and impress the judges who are as follow :

1. En.Nizam Shah (Owner of Majalah Stadium & Franchise Owner of Levi's Store KLCC)
2. Kifi (Asst.Editor of Majalah NONA)
3. Miss Wan Sharmila (Main actress of Tari Tirana currently showing on TV3).
TQ.



Selepas dapat mesej diatas, pada sebelah petang plak aku terima panggilan dari pihak pengajur. Diorang suh berpakaian kasual. Haha..gelabah gila aku. Baju mana aku nak pkai nanti.

So semalam, lepas balik dari keje, bersiap-siap ke MINES mencari baju yang sesuai untuk dipakai.hehe. Banyak baju aku try semalam. Dah pegi Nicchi, Kitschen lak, then butik ape2 ntah. Last2 yang berkenan kat Kitschen. Aku pilih colour kuning. Ok tak? Rasa2 okla kan untuk audition tu nanti.

So tunggu. Hari sabtu ni pakai baju baru..yeay!! ;p



Tuesday, November 10, 2009

Penantianku dan kerisauanku

Bola.my Miss Soccer Beauty Contest 2010 - "THE DREAM" from Synchro Psycho Production on Vimeo.



Good News everyone. Venue for the www.bola.my.
Miss Soccer audition on this Saturday 14th of November
will be Crystal Room 10, Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur, No 72, Jln Pahang...
The nearest public transport is the Chow kit Monorail Station. Registration starts @ 8am.
Please do not hesitate to msg me, if u have any queries. TQ.
Please reply OK to confirm acceptance.




Gembira sangat2 dapat mesej ni.hehe. Dah brape hari aku tunggu..Ingatkan tak jadi ke ape. Last2, tadi petang baru aku dapat mesej dari penganjur. So, aku adalah diantara dalam 20 orang yang terpilih tu afta korang undi.Thanx.

Aku memang guguplah..risau menanti hujung minggu ni. Camne nak kasi hilang gugup aku ni.haha.. Balik keje tadi lagi asyik duk pikir je..hurm. Nak pegi nanti macamna..nak pakai baju ape..haha.

Wish me gudluck ya!! ;)


Monday, November 9, 2009

Chelsea!! Chelsea!!

Phewww..Pom!Pom! gurl..haha

Bangun pagi, aku dapat mesej dari Mr.Izam. Report BPL semalam MAN U vs CHELSEA. Chelsea lead : J.Terry 75 katanya..Urghhh 1 - 0. Kadang2 aku tak percaya jugak pe yang dia cakap. Selalu je tipu aku bila Man U menang ke, dia cakap kalah. Dengan rasa tak puas hati aku terus buka Bharian. Alamakkkk betul la..huhu..sedey2..

Pastu pagi tadi on the way kerja, kat Hitz.fm..lagu Chelsea!Chelsea! Mak aiii..sukanya dorang ek.huh..kurang asem..sampai aku terikut2 dorang nyanyi.hahah..

Sekarang Chelsea ranking pertama dan arsenal kedua. Maka Man U jatuh ke ranking ke-3. Aku tetap Man U..Man U yaw!! takkan beralih arah.huhu. 5 mata ketinggalan..takpe2!! RED DEVILS kuat!!

Dan berpuas hati keran EVANs telah flying kick Drogba.hahahaha..i liked..




ps : Glory Glory Man U


Sunday, November 8, 2009

Too lazy


I miss blogging..tapi malasnyer nak update..gosh! dah takde citer menarik ke aku nak cerita..dah tak macam dulu..kesian plak belog aku nih..terbengkalai..huh! Asyik melayan FB jer.Belog pun den tak caro.

Banyak jugak perkara yang berlaku dalam minggu ni tapi...aku rasa belog ni cam dah tak privacy..huhu..Whateverlah Sasya..
Tapi ada satu benda aku nak kongsi ngan korang.hehe..ingat tak contest yang aku masuk itu hari.. Yeay!! aku sangat hepi kerana terpilih dalam 20 orang tu. Sebenarnya tak harap pun akan menang.Saje2 je masuk kan.Kepada sape yang undi thanx yerh!

So 14hb ni ada Audition, free makeup, video profile, photoshoot dan macam2lah..i loiked it!hahaha..suka sangat bila ada orang nak makeup..bukan senang nak dapat peluang camni.

Now, aku tunggu je info dari dorang kat tempat mana nanti..huh..berdebar giler..
So, minggu ni ape yang korang buat?? Arini aku duk umah je..tak kuar mana2..bosannyer. Kenkawang plak kuar. Tinggallah daku sendiriran, melayan FB then aku akan usahakan untuk baca belog korang hari ni..dah lama benor tak singgah.heheh..miss uuuu..

Akhirnya aku berjaya update belog hari ni. Well done Sasya!!hee ;p


ps : Aku tak suka orang menilai aku yang seadanya dengan hanya melihat luaran..dan aku bukan hipokrit. Aku tak berpura2..inilah aku..inilah Sasya!!
pss: Tetiba plak nak emo.Dushh!! ;p